PAPAN IKLAN MEMAPARKAN GAMBAR MB NEGERI SEMBILAN DIKOYAK

SEREMBAN: Papan iklan memaparkan gambar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, bersama tiga ahli MCA di persimpangan Jalan Makmur 4, Taman Temiang Jaya, di sini, dikhianati pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan tertera ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina itu berserta gambar Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri King Lim Chin Fui; Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon dan Ketua MCA Bahagian Seremban, Siow Koi Voon, dipercayai dikoyak dengan sengaja.

Koi Voon yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Temiang berkata, kejadian itu disedari jenteranya pada jam 7.30 pagi ini.

“Sejurus dimaklumkan, saya terus ke sana dan melihat papan iklan itu sengaja dikoyak. Ini kerana pada jam 2.30 pagi, kami melihat ia masih dalam keadaan baik.

“Perbuatan itu dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihan Raya Umum (PRU). Ia menunjukkan persaingan tidak sihat dan kami berharap perbuatan begini tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakkan BN DUN Temiang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, Penyelaras Bilik Gerakan N12 Temiang, Yeong Chee Chung, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban, pada jam 10.31 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Pada 22 April lalu, NSTP melaporkan sebanyak 100 bendera BN hilang dalam tempoh enam jam di sekitar kawasan Kampung Baru Mambau, Seremban.

Tinjauan juga mendapati kesan bendera dibakar di situ dan kejadian itu masih dalam siasatan polis.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL