Nurul Izzah 'lari malam'... BN positif tawan Lembah Pantai

Tindakan bekas wakil rakyat PKR Nurul Izzah Anwar mengkhianati kepercayaan pengundi Lembah Pantai selepas 'lari malam' sebelum masuk gelanggang menjatuhkan kredibiliti parti tersebut dikalangan anak muda.
Golongan muda kini memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa nafas baru kepada kawasan Lembah Pantai selepas 10 tahun dikuasai pembangkang.
Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata sejak 10 tahun lalu, orang muda tidak mendapat apa-apa faedah dari kehadiran PKR melalui Nurul Izzah di kawasan tersebut dan ia merupakan satu pengorbanan yang sia-sia.
"Keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah 'lari malam' dan meninggalkan parlimen Lembah Pantai adalah satu perkembangan positif kepada BN untuk merampas semula parlimen itu sekaligus membela nasib rakyat Lembah Pantai yang selama ini diabaikan.

"Hampir 10 tahun Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen tetapi kita boleh lihat beliau hanya mengutamakan parti semata-mata tanpa memikirkan pengundi-pengundi di Lembah Pantai sendiri malah, masyarakat setempat juga tahu tiada satu pun legasi yang dibawanya," katanya kepada Agendadaily.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemuda BN Wilayah Persekutuan turun padang untuk memberi sokongan dan semangat kepada calon BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkempen sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Turut hadir Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Tambah Mohd Razlan, ternyata Nurul Izzah selama ini hanya berlakon di sosial media untuk mengaburi mata pengundi Lembah Pantai malah, kini beliau meninggalkan kawasan itu dan pergi ke Permatang Pauh iaitu kerusi tradisi yang dimiliki PKR sejak hampir 20 tahun lalu.
"Nasihat saya, berilah kepercayaan kepada BN kerana masa depan penduduk di kawasan ini perlukan pembelaan dan sudah tiba masanya mereka perlu menerima manfaat daripada pemimpin baru," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana