Mahkamah putuskan esok kes pencalonan Tian Chua di kerusi Parlimen Batu ditolak SPR...

Jangan nak putar macam-macam.Ini kerana biasanya jarang proses mahkamah jalan sebegini segera selepas satu saman difail.

Demi untuk beri keadilan...baru pada Isnin 30 April Tian Chua fail saman terhadap SPR kerana tolaknya tanding kerusi Parlimen Batu semasa hari pencalonan 28 April Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Khamis sudah adakan prosiding kesnya.

Naib Presiden PKR itu fail saman terhadap Pegawai Pengurusan Pilihan Raya ( RO) kawasan itu,Anwar Mohd Zain  dan SPR yang tolak pencalonannya isu kena denda di mahkamah RM2,000.

Beliau antaranya memohon perisytiharan layak menjadi calon kerusi Parlimen itu pada PRU-14 mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan dan di sisi undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan telah menetapkan untuk buat keputusan pada pagi esok, Jumaat setelah mendengar pembentangan kes oleh peguam Tian Chua dan peguam pihak kerajaan yang mewakili SPR.

Peguam kerajaan Amarjeet Singh katan sepatutnya Tian Chua fail petisyen pilihanraya mengenai kesnya selepas PRU14 seperti ditetapkan oleh Artikel 118 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya cuma hakim Besar Malaya atau seorang hakim yang dilantiknya saja boleh mendengar petisyen pilihanraya.

Bagaimanapun Gurdial Singh yang mewakili Tian Chua kata anak guamnya ingin mendapatkan pengisytiharan pasal statusnya dan bukanya mengenai pilihanraya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana