Mahathir Terus Persenda PAS, Kalimah Syahadah

JERLUN – Baru beberapa jam selepas memuji dua tokoh pemimpin PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempersendakan pula parti itu dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.

Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, di sini, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.

Dalam pada itu, berdasarkan kenyataan itu, Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.

“Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.

“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja “duit.

“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.

“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya, petik BH

Terdahulu pada sebelah petang, Mahathir ketika turun ke kawasan Pokok Sena sempat menziarahi kubur bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang disifatkan beliau sebagai penasihat agama peribadi beliau.

Sementara itu Fadzil, Mahathir turut memuji bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang dianggap sebagai tokoh luar biasa yang juga mempunyai hubungan baik dengan beliau.

Dalam pada itu, Mahathir ketika ceramah sama malam tadi, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.

“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit…mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.

“Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.

“Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment