Ketua AMK Pulau Pinang, 100 ahli PKR umum keluar parti serta-merta

BUTTERWORTH: PKR negeri ini menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negerinya, Asrol Sani Abdul Razak bersama lebih 100 ahli parti itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
 
Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mereka kecewa dengan kepimpinan PKR negeri diterajui Datuk Dr. Mansor Othman membabitkan pelbagai isu.
 
Jelasnya, antara yang bertindak keluar parti hari ini ialah Timbalan Ketua Skuad Keselamatan PKR negeri, Mohd. Edy Jabatan Exco AMK negeri, Mohd. Alif Fitri Kamarul Zaman dan Pengarah Program PKR Bertam, Saumi Husin.
 
“Ahli yang mengambil keputusan ini terdiri daripada kawasan Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana