Jentera lumpuh... PKR dijangka gagal pertahan Permatang Pauh

PKR berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen  Permatang Pauh, Nibong Tebal serta DUN Seberang Jaya selepas Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang lumpuh menjelang hari pengundian Rabu depan selepas ketuanya Asrol Sani Abdul Razak bersama pengikut-pengikutnya membuat pengumuman keluar parti.

Pengumuman tersebut dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan PKR negeri diterajui Datuk Dr. Mansor Othman yang juga penyandang kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Tindakan tersebut juga sebagai bantahan atas pelbagai kelemahan kepimpinan parti tersebut selama ini dalam membela kepentingan parti dan kebajikan ahlinya di seluruh negeri wilayah Utara Semenanjung berkenaan.

“Ahli yang mengambil keputusan ini terdiri daripada kawasan Parlimen Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh sendiri,” kata Asrol Sani dalam sidang akhbar khas di Butterworth pada Selasa.

Jelasnya, antara yang bertindak keluar parti hari ini ialah Timbalan Ketua Skuad Keselamatan PKR negeri, Mohd. Edy Jab; Exco AMK negeri, Mohd. Alif Fitri Kamarul Zaman dan Pengarah Program PKR Bertam, Saumi Husin.

Menurut Asrol Sani lagi yang dipetik media tempatan, pihak PKR Pulau Pinang juga gagal dalam usaha membawa suara dan tuntutan daripada ahli parti berkenaan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.

Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pula dilihat berjaya dalam menguasai segala keputusan penting dan dasar diambil pihak kepimpinan PKR Negeri selama ini.

Ujarnya lagi, Mansor selaku Pengerusi PKR Negeri, turut gagal dalam membela permintaan ahli dan pemimpin akar umbi apabila melepaskan kerusi DUN Bertam kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula.

Jelas beliau, Mansor mengambil keputusan tersebut atas sebab peribadi kerana tidak mahu Asrol Sani selaku penyelaras kerusi ADUN diberi kerusi berkenaan untuk bertanding sebagai calon PKR pada PRU ke-14.

Menurut Asrol Sani lagi, dikatakan lebih ramai ahli parti tersebut khususnya golongan muda di seluruh negeri akan menyusul keluar dari parti berkenaan dalam masa terdekat.

"Pergaduhan di peringkat atasan tetapi peringkat bawah dikorbankan, tak peduli apa rakyat rasa terus dikorbankan. Itu yang kita nak luahkan rasa tidak puas hati hari ini.

"Politik macam ini adalah bukan politik yang digemari oleh anak muda, anak muda kalau kita tidak suka kita kata tidak suka, kalau suka kita kata suka, awak betul kita kata betul, awak tidak betul kita kata tidak betul," katanya.

Kata beliau, keputusan meninggalkan parti itu bukan dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya disebabkan kerelaan sendiri selain sudah tidak percaya dengan pimpinan parti yang gagal menjalankan tanggungjawab selain mementingkn diri sendiri.

Ditanya sama ada ingin menyertai mana-mana parti lain selepas ini, beliau menjelaskan belum membuat sebarang keputusan lagi mengenai perkara itu dan bercadang untuk berehat sementara daripada arena politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana