E-MEL DARI PENJAWAT AWAM : ADAKAH PEMBANGKANG INGAT KAMI BODOH

Blog ini menerima e-mel dari seorang penjawat awam AA, luahan hati beliau mengenai tuduhan-tudahan pembangkang terhadap mereka:

Salam tuan. Saya harap tuan dapat siarkan luahan saya ini dalam blog tuan. Sebagai kakitangan kerajaan, saya memang tak puas hati dengan beberapa pemimpin PH yang buat kenyataan supaya penjawat awam jangan takut undi mereka. Adakah pemimpin PH ingat kami bodoh. Kami keje gomen tak pernah takut untuk undi pihak yang kami rasa betul. Sebab kami tau yang undi kami rahsia. Tapi  kami undi kerajaan sekarang kerana beberapa sebab:

1. Pemimpin pembangkang adalah orang yang paling kerap hentam kami yang kerja kerajaan. Mereka ni lah tuduh kami lembap, tak cekap, habiskan duit rakyat dan selalu buang masa. Takkan kami nak undi orang macam nie? Kami masih ingat dan bukan mudah lupa tuduhan diorang. Diorang nie hanya mulut manis masa kempen jer.

2. Pemimpin pembangkang juga orang yang selalu kondem projek dan pembelian kerajaan. Nak beli helikopter untuk tentera pun salah. Nak bagi bajet yang banyak kat pasukan keselamatan pun diorang larang. Semuanya salah. Tapi kalau ada insiden macam pencerobohan kat Lahad Datu, diorang pulak tuduh askar dan polis tak cekap. Banyak aset yang dah usang dan perlu diganti tapi selalu je kena kecam dengan pembangkang bila Mindef dan KDN nak buat pembelian.

3. Kami sedar yang kerajaan sekarang ni pun ada juga kelemahan. Tapi kami tengok PH lagi teruk daripada Kerajaan. Diorang cakap nak tumbangkan Dato' Najib tapi letak orang yang kena tangkap dengan SPRM untuk kes Felda sebagai calon diorang kat Parlimen Pekan. Lain kali letaklah presiden parti macam Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin atau Guan Eng lawan PM. Baru nampak serius. Tu belum lagi kat Sabah pun boleh lawan antara Parti Warisan dan PAN. Kalau bab tu pun tak bersatu, bayangkan kalau nak tubuhkan kabinet nanti.

4. Kami tak lupa lagi yang DAP cakap nak kurangkan jumlah kakitangan Kerajaan.

Banyak lagi sebab kenapa kami pilih Kerajaan sekarang ni. Pembangkang selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara sebab apa kat sana tak takut tukar Kerajaan, tapi diorang sendiri tak sedar tahap diorang tu jauh lagi nak sampai level luar negara. Gabungan pembangkang boleh bertahan 2 penggal je. Dari zaman Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Lagi 10 tahun nanti PH akan berkubur dan ganti dengan pakatan lain pulak. Semuanya sebab dalam pembangkang ni masing-masing ada agenda sendiri. Harap tuan dapat viralkan supaya mesej ni sampai ke pemimpin Harapan.

Itu kata pengirim e-mel ni, apa pula kata anda?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana