DEMI POLITIK, MAHATHIR TAK ZIARAH KUBUR MAK, AYAH & ADIK BERADIKNYA PUN, TAPI KUBUR FADHIL NOR DIA PERGI

BEKAS Presiden PAS, arwah Ustaz Datuk Fadhil Nor meninggal dunia pada 23 Julai 2002 – lebih kurang 16 tahun yang dulu.  Satu-satu perkara yang mengaitkan Mahathir dengan kematian arwah yang penulis ingat pada waktu itu ialah, kebenaran diberi kepada pesawat TUDM membawa jenazah balik ke Alor Setar untuk dikebumikan – sesuatu yang amat jarang berlaku pada waktu itu sebab politik Mahathir tidak mengenal sempadan mati, kalau dia dah benci, boleh mimpi nak dapat keistimewaan kerajaan seperti itu.

Tak hairan perkara itu dilihat satu keputusan yang ‘besar’ pada zaman berkenaan kerana semua orang tahu Mahathir dan arwah sangat tidak rapat.  Mahathir tak macam Datuk Sri Najib sekarang, pemimpin Pakatan sakit atau meninggal dunia pun Datuk Sri Najib ketepikan politik dan datang melawat.  Mahathir masa itu tidak macam itu, dia buat bodoh saja.

Penulis antara ramai yang “mengagung-agungkan” keputusan Mahathir pada waktu itu, sedang penyokong PAS – yang hebat memanggil Mahathir sebagai Firaun, menganggap arwah layak mendapat keistimewaan tersebut atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Jadi agak menghairankan sekarang kenapa tiba-tiba Mahathir menganggap arwah sebagai seorang yang istimewa dengan melawat kubornya semalam – sekepas 16 tahun.

Malah berkata pulak arwah ini bagai penasihat agama kepada dia.  Apa nasihat arwah yang Mahathir pernah pakai?  Satu-satunya tempat Mahathir dan arwah duduk sepentas bercakap isu yang sama adalah di Dewan Bahasa & Pustaka bercakap mengenai Palestin pada 22 Mei 2002, 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia.

Tak hairan ramai berkata ini semua sebab politik.  Mahathir dengan sengaja telah menghina mangsa dalam kejadian Memali dengan menggelar mereka sebagai mati katak dan untuk menebus perkara tersebut demi undi 9hb ini, Mahathir menziarahlah kubor arwah.  Padahal tak ada kena mengenanya pun sebab arwah sangat diketahui cukup konsisten menghentam Mahathir dalam isu Memali ini.

Menariknya, kubur adik beradik dan mak ayah dia sendiri pun dia tak jengah, kubur arwah ni pulak dia pergi.  Politik-politik.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment