TUN MAHATHIR TERKEDU LIM GUAN ENG WARNING LANTIK 2 DAP JADI MENTERI PENUH

Apa kuasa yang dimiliki oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sehingga membolehkan beliau mendahului Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan dua calon Ahli Parlimen DAP sebagai menteri kabinet jika PH berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14, soal bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

“Sedangkan kita tahu, calon Perdana Menteri sementara, Dr. Mahathir, timbalannya pula daripada PKR. Jadi mana datang Guan Eng, apa kuasa beliau nak umum anggota Kabinet?,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tunku Aziz menambah, keberanian Guan Eng itu telah mengesahkan bahawa DAP adalah tuan sebenar PH dan semua parti kompenan lain-PKR, Amanah dan PPBM-tidak akan membantah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin nombor satu parti Cina tersebut.

“Pada pandangan saya, pengumuman Guan Eng yang dua pemimpin mereka akan dilantik sebagai menteri itu telah membuktikan DAP yang mengawal semua parti dalam gabungan pembangkang,” katanya

Tambahnya lagi keberanian Guan Eng membuat pengumuman itu memberi signal bahawa DAP amat berpuas hati dengan pembahagian kerusi PH.

“DAP sudah tahu mereka dalam keadaan amat selesa sebaik sahaja pembahagian kawasan diputuskan dengan berpotensi besar untuk menambah bilangan kerusi yang dimenangi berbanding PRU-13.
“Ini menyebabkan DAP merasakan semua parti dalam gabungan pembangkang PKR perlu ikut mereka,”katanya lagi.

Empat hari lepas, Guan Eng ketika mengumumkan Nga Kor Ming sebagai sebagai calon DAP di Parlimen Teluk Intan, Perak berkata Pengerusi DAP Perak itu akan dilantik menteri pusat jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Guan Eng juga turut mengumumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai menteri pusat jika menang di Parlimen Ayer Hitam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana