TINDAK-TANDUK AZMIN SEPERTI ‘PERIUK MENGATA BELANGA’ – PENGANALISIS POLITIK

KUALA LUMPUR  – Pemimpin gabungan pembangkang PKR dinasihatkan supaya tidak terus bersikap bodoh sombong apabila mempersoalkan dan mencemuh inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Nasihat itu ditujukan khas kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini mempertikai pengumuman tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun bayaran itu bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Menteri Besar Selangor itu sepatutnya mencerminkan mukanya berhubung perkara itu kerana beliau sendiri tanpa rasa bersalah mengagihkan peruntukan dan tablet bernilai hampir RM1 juta kepada pengundi di Gombak serta Bukit Antarabangsa, kelmarin.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, tindak-tanduk Mohamed Azmin ini seperti peribahasa ‘periuk mengata belanga’, iaitu memburukkan pihak lain, sedangkan dirinya tidaklah baik mana.

“Apa salahnya Mohamed Azmin dan pemimpin gabungan mengakui sahaja mana-mana perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan, kerana itu lebih profesional dan positif.

“Tidakkah hanya memalukan diri sendiri lebih-lebih lagi sebagai pemimpin melemparkan tuduhan yang bukan-bukan, kemudian meniru dan melakukan tindakan sama.

“Seharusnya kesemua pemimpin pembangkang memainkan peranan ‘check dan balance’ bagi menyuburkan sistem demokrasi negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Azmin hari ini menerusi laporan portal pro pembangkang mempertahankan kenyataannya bahawa sumbangan yang diberikan di Bukit Antarabangsa dan Gombak telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meskipun dikritik oleh pelbagai pihak.

– UTUSAN ONLINE.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL