Shaharizat cabar Nurul Izzah berdepan Raja Nong Chik

"Kalau betul hebat, datang sini, duduk bersemuka dengan Raja Nong Chik". Itu cabaran yang dilemparkan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kepada penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana dipercayai ingin bertanding ke kawasan lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Menurut Shahrizat, jika betul Nurul Izzah ingin berbakti kepada rakyat di Lembah Pantai, tidak perlu takut sehingga perlu cari peluang untuk bertanding ke kawasan lain.

"Mula-mula datang macam puteri. Lepas itu, kerja tak buat..cakap je lebih. Akhirnya, lari tengah malam untuk cuba nasib di kawasan yang di rasakan selamat. Kalau betul hebat, datang sini, duduk...bersemuka dengan Raja Nong Chik.

"Paling tidak, bersemuka dengan jentera wanita Barisan Nasional (BN)...baru tahu langit tinggi ke rendah. Baru dua tahun jadi ahli parlimen, dah nak lari. Tak tahu sebab apa. Mungkin takut dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau  tak, dia akan duduk sini," katanya ketika berucap pada Program Salam Sayang Perdana Wanita BN Malaysia di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada Jumaat.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bercakap mengenai program itu, Shahrizat berkata program Salam Sayang Perdana itu bertujuan memberi penghargaan dan penghormatan kepada ahli veteran wanita dalam BN serta parti komponen.

"Veteran UMNO, Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar, adalah contoh terbaik wanita BN dan UMNO. Beliau tidak cemburu pada orang lain, malah kerana keikhlasannya membuatkan pengaruhnya tidak pudar.

"Golongan veteran sepatutnya berkongsi pengalaman hidup mereka di bawah pemerintahan BN kepada generasi muda dan bantu mereka supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana