Saman RM4.22 bilion... mengapa Azmin membisu...?

Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan sikap membisu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu tuntutan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bernilai RM4.22 bilion baru-baru ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sikap membisu Mohamed Azmin tidak boleh diterima kerana rakyat berhak mengetahui sama ada kerajaan negeri mengalami krisis kewangan berikutan salah urus kewangan negeri dan Syabas.

"Kerajaan negeri Selangor pada masa ini berisiko bankrap kerana rizab kerajaan negeri hanyalah RM3 bilion sedangkan tuntutan yang difailkan SPLASH terhadap Syabas ialah RM4.22 bilion," katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar - Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah di Taman Gemilang, di sini hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan Negeri Selangor menjelaskan, SPLASH sebelum ini pernah mendedahkan bahawa selepas kerajaan negeri Selangor mengambil alih 100 peratus Syabas pada 2015, kerajaan negeri tersebut hanya membayar 36 peratus daripada jumlah keseluruhan bil tertunggak SPLASH.

Jelas beliau, SPLASH berkemungkinan memenangi tuntutan ke atas Syabas kerana ia merupakan bil tertunggak. Isnin lepas, SPLASH yang merupakan anak syarikat 40 peratus dimiliki Gamuda Bhd menyerahkan writ, bersama-sama dengan pernyataan tuntutan, kepada Syabas bagi menuntut semua bayaran tertunggak yang terhutang oleh SYABAS berjumlah RM4.22 bilion.

Kata Noh, selagi masalah air tidak selesai di Selangor sebarang pembangunan, baik projek perumahan mahupun hospital tidak akan membawa sebarang makna.

Mengenai kunci rumah yang diserahkan pada hari ini, beliau berkata, ia merupakan projek pembinaan semula tiga unit rumah terbakar di Taman Gemilang di sini secara NBOS yang setiap satunya bernilai RM40,000 seunit.

Ketiga-tiga rumah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Mac tahun lepas yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana