Sabotaj parti... terimalah padahnya!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli parti yang cuba mengkhianati parti menjelang Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan, BN tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa dalam parti yang cuba mengkhianati parti kerana ia adalah sesuatu yang sangat besar dari segi kesalahannya.

 `` Orang yang mensabotaj parti adalah sesuatu yang sangat besar dari segi kesalahannya.

``Yang ini kita tidak akan bertolak ansur bukan hanya dalam kontek BN…kalau dalam kontek parti-parti lainpun  sama juga…diperingkat pembangkangpun dia orang akan membuat benda yang sama.

 ``Jadi dalam soal mereka yang akan mensabotaj atau sedang mensabotajkan parti, pihak kita sedang memantau mereka.

 ``Kalau sekiranya  ada ….dia tidak semestinya ada perkara yang disebutkan memang nyata seseorang itu melakukannya, kadang-kadang kita hanya mendapat laporan-laporan  yang menyatakan orang ini…sipolan-sipolan  telah melakukan atau cuba mensabotaj parti sedangkan dia tidak melakukannya.

``Kadang-kadang biasalah pandangan-pandangan ataupun orang kata ada yang hantar khabar angin dalam whatsap tu whatsap ni walhal dia  tak buatpun begitu.

``Jadi apapun  paling penting sesiapa yang membuat tindakan sabotaj akan diambil tindakan,’ kata Dr Zambry.

Ditanya mengenai Manifesto BN Perak, beliau menjelaskan sepatutnya ia dilancarkan semalam (Rabu) tetapi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Ipoh maka adalah tidak manis untuk dilancarkan pada waktu yang sama.

``Jadi kita menganjakkan  masa sedikit dan kita akan  umumkan kalau tidak ada apa aral melintang…kalau tidak ada arahan lain insyaallah kita akan lancarkan pada Sabtu ini.

``Yang inipun subjek kepada kalau ada arahan penting yang saya kena pergi Kuala Lumpur sebagainya…tapi so far kita telahpun tetapkan pada hari Sabtu.'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan hak milik Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Ulu Chemor dan surat tawaran RPB Ulu Samak, mukim Hulu Kinta di Dewan Komuniti Chemor pada Khamis.

Mengenai calon pula, Dr Zambry menjelaskan senarai semua calon yang bertanding akan beliau umumkan apabila menerima arahan daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib.

Ditanya mengenai spekulasi calon yang tidak enak didengar sedang hangat dimainkan didalam whatsap ketika piliahnraya semakin hampir, beliau menganggap perkara itu sebagai perkara biasa.

``Itu biasa…setiap kali musim pilihanraya ini masing-masing akan cuba untuk membuat usaha terakhir… itu biasalah.

``Bukan  hanya pilihan raya kali ini…kalau dulu tidak ada system whatsap ada guna sistem telefon, ada rombongan yang datang dan sebagainya …perkara  ini satu perkara yang menjadi lumrah tapi ia tidak semestinya akan   mengagalkan  apa yang telah diputuskan oleh pihak pucuk pimpinan.

``Dalam kontek BN kita sedia maklum bahawa apabila keputusan diputuskan kepimpinan BN oleh Pengerusi BN melalui proses musyarawah yang diadakan maka itulah calon  kita yang walaupun ada hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat bahwa dia mungkin seorang yang wajar diberikan pertimbangan namun dalam kontek BN apabila seseorang itu dinamakan sebagai calon BN untuk tanding bagi kawasan-kawaan yang berkenaan orang itu adalah calon kita yang perlu kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,’’kata Dr Zambry.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana