PRU-14 : Ledakan Penolakan Pembangkang Di Taman Medan

Penolakan bak ledakan ‘bom nuklear’ dijangka melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Taman Medan pada pilihan raya umum kali ini berikutan wujud rasa jemu dan jelik rakyat terhadap pembangkang yang disifat hanya bijak menabur janji.

Calon DUN berkenaan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, perkara tersebut bukan rekaan, tetapi luahan hati masyarakat yang mengakui telah tersalah memilih pemimpin dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai umat Islam beliau secara rendah diri tidak mahu dibuai dengan rasa bangga atau terlampau yakin, sebaliknya mahu terus bekerja demi kepentingan semua pihak.

“Saya anak jati Taman Medan, saya kenal semua orang di sini, saya bukan pemimpin bermusim sebaliknya saya sudah bekerja hampir setiap masa sepanjang 11 tahun lalu.

“Pendekatan saya mudah, apa yang saya cakap saya akan buat. Alhamdulillah perkara itu diterima masyarakat termasuk rakan-rakan dari blok pembangkang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerusi DUN Taman Medan dimenangi calon PKR, Haniza Talha dan beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abdul Mutalif berkata, jika diberikan mandat menerajui DUN tersebut beliau berhasrat untuk melaksanakan tiga inisiatif besar.

“Pertama saya impikan pembinaan sebuah UTC di Taman Medan bagi memudahkan penduduk menjalankan urusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di sana. Tak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas yang begitu merunsingkan.

“Saya juga mahu membina sebuah kompleks sukan untuk belia, selain mewujudkan balai bomba demi keselamatan penduduk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana