PAN Ibarat ‘Lebih Kuah Dari Sudu’

Besar sungguh kuasa Khalid Samad ni sampai dia pula yang buat pengumuman, kononnya pembahagian kerusi DUN sesama parti-parti dalam Pakatan dah selesai. Kononnya PAN dapat tanding 10 kerusi DUN Selangor dan hal ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan.

Soalnya, Khalid Samad ini siapa? Bukankah Azmin Ali selaku Pengerusi Pakatan Selangor yang seharusnya mengumumkan hal-hal sebegini, terutamanya tentang pembahagian kerusi. Alah, apa nak hairan, datang Azmin komen lepas ni, dia buat pula kenyataan ‘belum selesai’, ‘tunggu dulu’, ‘itu bukan persetujuan rasmi’ dan bermacam lagi alasan. Sebabnya, PKR dan PAN Selangor memang diketahui tak ‘berlaga angin’ sejak dari dulu. Ingat lagi kes Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim gelar Azmin ‘joker’? Jadi, Khalid sengaja mendahului Azmin umumkan jumlah kerusi DUN untuk PAN dengan harapan Azmin ‘tunduk’ kepada PAN.

Kita tunggulah jawapan Azmin sehari, dua ni. Isu kerusi di Selangor ni memang ‘sensitif’, tiap parti dalam Pakatan nak bahagian masing-masing. PAN kalau boleh nak bertanding semua kerusi PAS, PPBM ‘parti setahun jagung’ pun konon-kononnya rasa ada pengaruh di sana. Kita lihatlah bagaimana, takut-takut duit deposit PAN, PPBM, PKR rugi macam itu saja, sebab yang untungnya tetap DAP. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana