Nilai Ringgit Merudum Dulu Sebab Mahathir Burukkan Ekonomi Negara

Nilai mata wang ringgit mungkin merosot dalam tempoh terdekat, disebabkan pengaliran keluar modal oleh pelabur asing jika berlaku pertukaran kerajaan selepas PRU14 nanti.

Dalam satu Laporan Penyelidikan Global Bank HSBC, ia menegaskan bahawa parti pembangkang telah merancang antara laun, mengkaji semula GST, subsidi bahan api dan pelaburan negara China di Malaysia.

“Pembaharuan GST dan subsidi telah meningkatkan kewangan fiskal Malaysia, dengan itu membantu negara untuk mengelak penarafan menurun serta menyokong keyakinan pelabur asing terhadap aset Malaysia dan ringgit.

“Sementara itu, pelaburan langsung asing (FDI) China kini merangkumi hampir separuh daripada jumlah FDI ke Malaysia, yang menjadi lebih penting bagi ringgit berbanding lebihan akaun semasa yang semakin mengecil,” katanya.

Teori nilai ringgit lemah sebenarnya sudah pun berlaku angkata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad yang membuat pelbagai cerita fitnah dan tuduhan memburukkan kerajaan bertujuan melemahkan ekonomi negara. Mahathir yang jug bekas Perdana Menteri guna media asing untuk buat cerita palsu berkenaan skandal 1MDB yang sebenarnya tidak wujud pun.

Akibat skandal itu, pelabur asing bimbang kerana didakwa berbilion ringgit sudah diambil secara salah dari syarikat berkenaan.

Bukan itu sahaja, penglibatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan saman sivil oleh team Mahathir di AS juga menjadikan keadaan tidak stabil ekoran kebimbangan pelabur. Bagaimanapun, tindakan itu kini tidak dilanjutkan kerana tidak ada bukti.

Selepas penjelasan demi penjelasan serta unjuran positif Badan Penarafan Antabangsa ke atas ekonomi Malaysia baru nilai ringgit kembali mengukuh dengan baik serta menjadi antara mata wang terbaik di Asia.

Dari pernah jatuh kepada nilai RM4.08 untuk ASD1 Dolar Amerika kini ke paras RM3.88 untuk ASD1 Dolar Amerika. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun pernah berkata tindakan pemimpin terdahulu yang memburukkan negara menyebebkan pelabur hilang keyakinan.

Penjelasan dan bukti prestasi ekonomi negara membuktikan tuduhan itu salah dan ekonomi kembali pulih sediakala #BersamaBN.

Jika pertukaran kerajaan pada PRU14 berlaku mata wang ringgit akan berpotensi untuk jatuh kembali.

Justeru, potensi perkembangan ini boleh menyebabkan mata wang yang lemah, sekurang-kurangnya dalam tindak balas segera, katanya.

Dalam senario kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14, kekukuhan ringgit akan terus didorong oleh dasar campur tangan pertukaran asing Bank Negara Malaysia dan peraturan pertukaran asing yang menyokong ringgit.

“Kes asas kami adalah untuk dolar US dan ringgit akan jatuh ke nilai saksama 3.70 menjelang akhir tahun kerana penukaran mandatori oleh pengeksport di tengah-tengah pengumpulan simpanan pertukaran asing yang beransur-ansur oleh bank pusat,” katanya.

Peningkatan dalam FDI dan aliran masuk portfolio daripada pelabur asing dengan prospek kesinambungan dasar di bawah tadbir BN pasti akan membantu juga, katanya.

“Sekalipun teori di sebalik kelemahan mata wang tempatan selepas pilihan raya adalah benar, dan penduduk ingin memperoleh lebih banyak pertukaran asing atau aset asing disebabkan risiko politik masa depan, kami dapati terdapat had berhemah sejak Disember 2016 yang boleh menyekat pengaliran keluar modal,” katanya.

Justeru, penentu domestik yang penting dalam prospek ringgit berikutan keputusan pilihan raya tersebut adalah dasar pertukaran asing bank pusat, kata laporan berkenaan.

“Risiko utama (kenaikan) kepada ramalan dolar/ringgit ialah dasar ini, yang setakat ini ke arah untuk menyokong kenaikan ringgit.

Risiko kenaikan yang lain adalah faktor luaran. Ketegangan perdagangan antara AS dan China semakin meningkat dan mungkin, dalam senario terburuk, mengakibatkan gangguan perdagangan global dan meningkatkan pengelakan risiko dalam pasaran kewangan global,” katanya.

Memandangkan keterbukaan Malaysia untuk berdagang dan pendedahannya kepada permintaan dari Amerika Syarikat dan China, ringgit mungkin akan menjadi antara mata wang yang lebih terjejas, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana