MAHATHIR SENTIASA GUNA LANGKAWI UNTUK FAEDAH DIRI

oleh Ab Jalil Backer

Hebat calon wakil rakyat Langkawi. Hendak balik hantar borang pencalonan pun naik jet peribadi.

Agak-agak esok lepas menang dia nak tengok ka muka pengundi sana. Adakah Mahathir akan layan tuan-tuan dan puan-puan Jika ada masalah di kawasan macam UMNO layan selama ini?

Dulu di Kubang Pasu pun harap Osman Aroff, Johari Baharom dan Saad Man jadi wakil saja.

Sebab itu kali ini dia lari ke Langkawi. Kalau bertanding di Kubang Pasu memang “bungkuih” sebab orang tau perangai macam mana.

Sebab tu anak dia pun tak bertanding di Kubang Pasu. Lebih 22 tahun jadi wakil rakyat sana, bertanding G7 UMNO pun kalah.

Mahathir bukan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim jaga pengundi kawasan dia. Sebab itu letak sapa pun di Permatang Pauh guna tangkal Anwar maka boleh menang.

Langkawi hanya batu loncatan kepada Mahathir.

Dulu batu loncatan untuk anak-anak dan kroni jadi kaya raya. Boleh periksa siapa yang menjadi pemilik-pemilik harta besar di langkawi.

Hari ini Langkawi jadi batu loncatan Mahathir lagi untuk selamatkan anak-anak dan kroni dia.

Mahathir sekarang umur sudah 93 tahun, duduk Kuala Lumpur, hendak jadi wakil rakyat Langkawi untuk jatuhkan Barisan Nasional dan Najib Razak sahaja.

Usaha Mahathir hendak bertanding ini tidak ada kena mengena dengan kepentingan penduduk Langkawi. Ia hanya untuk memenuhi nafsu seorang lelaki tua.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment