Lari malam Kak Wan... Anak Taib Azamudden calon PAS Permatang Pauh

Ingat lagi bekas Imam Masjid Negara Allahyarham Datuk Taib Azamudden yang juga pernah sepanggal menjadi Ahli Parlimen PAS Baling...

Malam tadi, PAS Pulau Pinang menamakan anaknya Afnan Hamimi seorang pendakwah muda sebagai calon PAS di kubu kuat PKR Permatang Pauh.

Silap-silap boleh lari malam penyandang kerusi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kalau macam ini.

Selalunya Wan Azizah yang mesra dipanggil Kak Wan menang mudah dengan undi PAS dikawasan tersebut, tapi jika PAS letak calon, teruklah PKR.

Di pihak BN calon yang berkemungkinan besar adalah Ketua UMNO Bahagian Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Pengumuman Afnan Hamimi itu dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam majlis di Permatang Pauh Ahad malam.

Bercakap kepada media selepas itu, Afnan Hamimi, 37, yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, yakin strategi dirangka parti akan memungkinkannya melakukan kejutan pada persaingan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969, dan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Haji Zabidi Ali menang di kawasan tersebut pada tahun 78-82 sebelum dikalahkan oleh 'ustaz muda UMNO' Anwar Ibrahim pada 1982.

Anwar menyadang kerusi tersebut sebelum menyerahkan kerusi itu kepada isterinya yang bertanding menggunakan logo PKR pada PRU 1999.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengumuman calon Parlimen Permatang Pauh dibuat lebih awal berikutan beberapa faktor, selain kawasan berkenaan disifatkan istimewa kepada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana