KIT SIANG MENGAKU PAKATAN PEMBANGKANG SUSAH NAK MENANG PRU-14

BATU PAHAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengakui pakatan pembangkang berhadapan tugas getir, malah sukar memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), disebalik keghairahan mereka untuk menguasi tampuk pemerintahan negara.

Media tempatan melaporkan, Kit Siang mendakwa terdapat banyak analisa termasuk oleh pemerhati tempatan, yang meramalkan pembangkang hanya mempunyai 10 peratus peluang memenangi PRU-14, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memerlukan 16.5 peratus undi popular untuk mengekalkan jawatan.

“Pembangkang amat sukar untuk menang PRU-14 tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Kita hanya mampu menang jika berlaku enam tsunami membabitkan pengundi kawasan bandar, luar bandar, Sabah, Sarawak, wanita dan generasi muda, ” katanya pada sidang media seperti dipetik media tempatan.

Untuk rekod, pada PRU13, gabungan pembangkang yang disertai DAP, PKR dan PAS hanya menawan menawan 89 kerusi parlimen berbanding BN yang menangi 133 daripada 222 kerusi.

Ketika itu, BN hanya memperolehi 47.38 peratus, manakala pembangkang dengan 50.87 peratus undi popular.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Kit Siang dilaporkan mengakui pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari, akan menjadi calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan menegaskan bahawa pengumuman bekas penyandang kerusi DUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, mengenai pencalonan Dr Abdul Aziz semalam melanggar disiplin parti kerana ia seharusnya dilakukan pemimpin tertinggi parti.

“Saya sahkan Dr Abdul Aziz bakal jadi calon DAP untuk satu kerusi DUN di Perak.

“Namun saya mahu tegaskan DAP tidak pernah dan tidak akan menuntut untuk menjadi Menteri Besar Perak seperti yang didakwa UMNO.

“Jika pembangkang menang di Perak, calon Menteri Besar adalah sesiapa saja di kalangan calon Pakatan Harapan tapi bukan dari DAP, ” katanya.

Semalam, Boon Piow dilaporkan mengumumkan Abdul Aziz dicalonkan DAP untuk kerusi DUN Tebing Tinggi pada satu majlis ceramah di Stesyen 18, Ipoh.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment