Ini sebab bekas wakil rakyat BN di Perak digugurkan...

Ramai yang sedar bahawa setiap kali diadakan pilihanraya umum diperingkat negeri atau parlimen, khusus di Perak seperti yang berlaku sekarang   lebih 50% calon-calon baru diketengahkan.

Ia sesuatu yang perlu kerana ia satu proses transformasi  bagi menambahbaik perkhidmatan wakil-walkil rakyat kepada rakyat berasaskan akujanji ataupun manifesto.

Justeru bagi 50% peratus bekas-bekas wakil rakyat BN di Perak penamatan khidmat mereka dengan memberi laluan kepada muka-muka baru mendapat penghargaan istimewa dari Menteri Besar siang tadi (Rabu).

Ketika menjelaskan hal ini, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  menganggap langkah BN Perak membuat perubahan 50% terhadap senarai calon  sebagai bukti transformasi terbaik parti itu untuk memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat jelata.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata, penampilan calon-calon muka baru itu dibuat berdasarkan musyawarah dan pemilihan teliti oleh pucuk pimpinan parti.

``Ia berdasarkan pemilihan yang teliti termasuk penilaian terhadap calon ataupun yang telah jadi calon, atau yang akan jadi calon.

``Kita merasakan bahawa dengan perubahan 50 peratus ini akan membawa BN dengan penuh keyakinan pada PRU ini dan khidmat lebihbaik,” kata Dr. Zambry kepada pemberita di majlis penyerahan Strata Title di Taman Bukit Permata, Manjung pada Rabu.

Di majlis itu, Dr Zambry menyempurnakan penyerahan Strata Title kepada enam pemaju dan tujuh badan pengurusan bersama melibatkan 1171 unit rumah di daerah Manjung.

BN Perak pada PRU14 kali ini, menampilkan 54.3 peratus muka baru bagi kerusi Dun dan 29 peratus lagi dalam kerusi Parlimen.

Keputusan itu menyaksikan daripada 31 kerusi Dun dimenangi pada PRU13 lalu, lapan penyandang telah digantikan dengan muka baru.

Zambry berkata, berdasarkan calon yang terpilih, 30.5 peratus terdiri daripada kumpulan generasi muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (16.6 peratus).

Menurutnya, BN Perak turut mengiktiraf peranan wanita dengan menampilkan 13 calon termasuk dua daripadanya kalangan Ketua Puteri, daripada jumlah itu, 10 dinamakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga bagi kerusi Parlimen

Dr Zambry yang menjadi satu-satunya calon BN Perak yang bertanding di dua kerusi daripada keseluruhan 24 kerusi Parlimen dan 59 DUN turut menzahirkan penghargaan beliau kepada muka lama yang memberi laluan kepada calon muka baru  yang bertanding.

``Saya mengucapkan terima kasih kepada mantan-mantan wakil rakyat yang secara sukarela menyatakan tidak mahu bertanding.

Pada majlis pengumuman calon BN Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar, semalam, UMNO akan bertanding di 13 kerusi Parlimen dan 38 DUN, MCA enam Parlimen dan 15 DUN, MIC dua Parlimen dan tiga DUN sementara Gerakan masing-masing tiga Parlimen dan DUN.

BN Perak pada PRU14 kali ini, menampilkan 54.3 peratus muka baru bagi kerusi DUN dan 29 peratus lagi dalam kerusi Parlimen.

Keputusan itu menyaksikan daripada 31 kerusi DUN dimenangi pada PRU13 lalu, lapan penyandang telah digantikan dengan muka baru.

Zambry semasa mengumumkan senarai calon berkata, berdasarkan calon yang terpilih, 30.5 peratus terdiri daripada kumpulan generasi muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (16.6 peratus).

Menurutnya, BN Perak turut mengiktiraf peranan wanita dengan menampilkan 13 calon termasuk dua daripadanya kalangan Ketua Puteri, daripada jumlah itu, 10 dinamakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga bagi kerusi Parlimen.

``Calon yang ditampilkan datang daripada pelbagai latar belakang, ada golongan profesional, pentadbir, guru dan pemimpin di peringkat akar umbi. Gandingan ini kita harap dapat membentuk satu pasukan kerja yang mantap dalam mentadbir kerajaan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana