DRAMA TERBARU MAHATHIR, PESAWAT DISABOTAJ?

SEMEMANGNYA tak terkata rakyat Malaysia dengan drama terbaharu Mahathir. Masih lagi segar dalam ingatan rakyat Malaysia apabila Mahathir bersama konco-konconya mendakwa wang 1MDB dicuri sebanyak RM42 bilion.

Ramai juga yang tertipu ketika ini. Namun kebenaran dapat dibuktikan akhirnya bahawa dakwaan tersebut hanya propaganda jahat Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata apabila kepentingan peribadi Mahathir tidak dipenuhi.

Kini menjelang sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, Mahathir mendakwa kononnya pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Beliau dan isterinya sebelum itu berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah dimaklumkan oleh juru terbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor.

Sejurus selepas itu beliau mengambil keputusan untuk meminjam pesawat daripada rakannya bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi.

“Nasib baik dapat tahu awal kalau tak tahu awal ada kemungkinan kapal terbang tu terbang dan crash,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika program hi-tea wanita HARAPAN bersama komuniti Cina dan India di De Baron Resort, Langkawi, hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan telah disabotaj pihak tertentu.

“Ada orang yang rancang ini saya fikir, tak pernah berlaku dalam sejarah saya naik kapal terbang ni sudah beribu kali tapi inilah kali pertama,” katanya.

Sebelum ini Mahathir ada membuat kenyataan bahawa pihak tertentu mempunyai niat untuk membunuhnya. Dan Lim Kit Siang dan DAP tidak memberi sepatah komen pun mengenai perkara tersebut.

Persoalannya sekiranya Mahathir meninggal dunia, siapakah yang paling mendapat manfaat? Memetik kenyataan Portal Malaysia Today , jika Mahathir meninggal dunia, DAP adalah pihak yang paling banyak mendapat manfaat memandangkan pakatan bagaikan mendukung biawak hidup apabila Mahathir bersama mereka.

Oleh itu, Mahathir perlu mengambil kira perkara ini dengan lebih serious sebelum sembarangan membuat tuduhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana