DAP PERNAH TERIMA DANA ASING UNTUK JATUHKAN KERAJAAN, DEDAH NAIB PRESIDEN PPBM?

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semasa memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mendedahkan DAP menerima banyak dana asing untuk pilihan raya.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Abdul Rashid mendedahkan perkara itu pada 18 November 2015 iaitu sebelum bekas Pengerusi SPR itu dipancing Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai pakatan DAP.

“Pada 18 November 2015, saya selaku Pengarah MAPAN UUM menganjurkan satu majlis syarahan oleh Abdul Rashid Abdul Rahman di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) UUM.

“Salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan ialah mengenai DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kamarul berkata, jika pendedahan itu dibuat orang biasa ia tidak akan mengejutkan, tetapi perkara itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi SPR sendiri.

Beliau menyiarkan transkip ucapan Abdul Rashid di SOIS UUM pada 18 November 2015 seperti berikut:

(1) “But of courselah some strong parties like DAP apa semua they got their foreign assistance and so on.”

(2) “You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwan. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana