D.A.P, Dapat Aku Punya

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan dua pemimpin parti itu akan dilantik Menteri, ini memang pelik, lebih pelik daripada Menara Condong Teluk Intan – lokasi pengisytiharan luar biasa tersebut.

Sebabnya yang dijulang bakal Perdana Menteri gabungan pembangkang PKR adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi mengapa soal pelantikan anggota Kabinet boleh diumumkan secara unilateral oleh DAP.

Ini soal yang cukup penting dan membabitkan kuasa preorogatif atau budi bicara Perdana Menteri yang biasanya diputuskan secara konsensus antara gabungan parti terlibat.

Justeru, siapa sebenarnya berkuasa dalam gabungan tersebut kalau bukan DAP biarpun parti itu cuba digambarkan tidak berkuku kerana hanya bertanding kira-kira 50 kerusi Parlimen selain melepaskan Timbalan Perdana Menteri kepada PKR.

Lagi pun apa yang pelik sangat kerana keputusan melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri pun dibuat atas sokongan kuat DAP.

Hujah yang diberikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mereka memerlukan peralihan undi Melayu dan bekas seteru mereka itu ‘ditilik’ masih mempunyai magis tersebut.

Kenapa DAP amat mengharapkan tsunami Melayu berbanding parti lain? Apakah mereka tidak sabar untuk melihat impian Kit Siang menegakkan Malaysian Malaysia?

Memang bukan Guan Eng atau Kit Siang jadi Perdana Menteri, malah no. 2 pun bukan, tetapi dengan apa yang berlaku di Teluk Intan, tahulah siapa yang telah dicucuk hidung.

Malah ini belum menang lagi pilihan raya umum, kalau sudah jadi kerajaan nanti, memanglah, ‘Dapat Aku Punya (DAP)’-utusan online
Post a Comment

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Apa itu GST?? Apa pula SST?Mari Baca Dulu.....

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia