DALAM PAKATAN RAMAI MEMBERONTAK TAK JADI CALON, KENAPA FOKUS PADA BN SAJA?

AGAK menghairankan kenapa media Pakatan hanya memfokuskan kekecewaan satu dua orang dalam BN kerana tidak dapat menjadi calon, sedangkan dalam Pakatan sendiri, bersepah masalah yang sama berlaku tapi tidak pula diberikan perhatian atau kalau ada pun, ruangannya kecil la sangat.

Contoh macam di Titiwangsa, seorang Ketua Bahagian Bersatu kecewa dia tak dapat jadi calon, satu kawasan di Pahang pulak dah diumumkan calon dari Bersatu, kemudian PKR pun umum calon dia juga, sementara penyokong Pakatan di Kapar marah kerana letak calon Melayu setelah berpenggal-penggal diwakili kaum lain dan banyak lagi tak larat nak cerita semua.

Ini biasalah, bila sampai waktu ada dapat ada tak dapat.  Kalau dah calon senarai pendek saja 3 ke 5 orang, dah tentulah yang tak dapat lebih ramai dari yang dapat dan kekecewaan akan berlaku, tapi kenapa hanya dalam BN saja ditumpukan?

Dalam BN ni lebih ramai yang kita dengar berlapang dada kerana tidak dicalonkan atau dicalonkan semula dari yang mengamuk sebab tak dapat jadi calon.

Macam Datuk Norzula di Gua Musang.  Beliau berlapang dada walaupun hanya dimaklumkan tidak dicalon semula sehari sebelum BN Kelantan mengumumkan senarai calon mereka, takde masalah pun.  Sekurang-kurangnya 3 kes hampir sama kita dengar berlaku di Johor.

Semua ini menunjukkan orang BN boleh menerima hakikat tidak dicalonkan ni.  Tapi satu dua kes yang merajuk sebab tak dapat jadi calon hingga letak jawatan, itulah yang digembar gemburkan media pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana