CUCU PENGGANAS KOMUNIS GUNA LAMBANG PKR, MANA AZMIN PUNYA DARAH PAHLAWAN?

DALAM satu perjumpaan dengan sekumpulan veteran tentera Februari yang lepas, Azmin dengan megah berkata di dalam badannya mengalir darah pahlawan pasal ayah dia, bapa saudara dia dan abang kandungnya berkhidmat dalam tentera.  Maka dengan itu Azmin mendakwa, dia orang yang betul untuk membela nasib bekas tentera yang konon ditindas kerajaan BN hari ini

Tapi betul ke?

Sebab baru-baru ini difahamkan Pakatan akan mencalonkan seorang budak muda di sebuah DUN dalam negeri Selangor dan dia adalah juga cucu kepada seorang pengganas komunis wanita Melayu cukup terkenal pada satu ketika dulu membunuh tentera yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita.

Nak tanya, darah pahlawan Azmin dah pergi mana, habis mengalir keluar dah ke semuanya?

Walaupun kita faham budak ini dicalonkan oleh komponen lain dalam Pakatan tapi dengan Pakatan sudah berjanji untuk bertanding guna lambang tunggal dalam PRU14, lambang PKR, ia menjadikan budak itu dan Azmin dari satu segi, sama.

Jadi beginilah cara orang yang ada darah pahlawan di dalam badannya membalas jasa pahlawan negara iaitu dengan membenarkan orang ada darah pengganas komunis bertanding guna lambang yang sama?

Mana bekas tentera yang percaya konon Azmin ini berdarah pahlawan sekarang boleh kembali ke pangkal jalan atau menjadi bodoh sepanjang zaman.  Tidak ada lagi pengkhianatan yang lebih besar kepada bekas tentera kita melainkan pengkhianatan yang semacam ini rasanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana