CIPTA PELBAGAI PERSEPSI AWAL UNTUK MERACUN FIKIRAN RAKYAT – NG LUM YONG

KUALA LUMPUR – Permainan politik persepsi oleh gabungan pembangkang PKR bukanlah perkara baharu kerana mereka sudah menggunakan taktik itu sejak sekian lama.

Bagi mereka, setiap agensi bebas yang ada di negara ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN), terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pilihan raya di negara ini.

Persoalannya, sekiranya mereka begitu yakin bahawa SPR berat sebelah, mengapa mereka masih mahu bertanding dalam pilihan raya yang mereka dakwa sebagai ‘kotor’ ini?

Tambahan lagi, bagaimana pula gabungan tersebut boleh mendakwa pilihan raya yang dijalankan tidak adil sedangkan mereka berjaya merampas beberapa buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga milik BN pada pilihan raya yang lalu?

Mengulas perkara tersebut, Presiden Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia, Ng Lum Yong berkata, ini bukanlah kali pertama gabungan tersebut menggunakan taktik ini.

Kata beliau, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, gabungan tersebut yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat ketika itu telah melemparkan pelbagai tuduhan kepada SPR dengan niat untuk mewujudkan persepsi buruk kepada suruhanjaya tersebut.

“Taktik mereka mudah. Mereka akan cipta pelbagai persepsi awal untuk meracun fikiran rakyat dan seterusnya mencipta berita palsu untuk mengukuhkan dakwaan mereka itu pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya.

“Contohnya, beberapa hari sebelum PRU-13, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Malaysia membawa masuk kira-kira 40,000 orang warga Bangladesh untuk didaftarkan sebagai pengundi.

“Tidak mustahil taktik ini akan digunakan sekali lagi dalam PRU-14 kali ini, terutamanya dalam tempoh seminggu sebelum hari pengundian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Oleh sebab itu, Lum Yong menggesa SPR untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menyiasat dan meneliti isu-isu yang dibangkitkan dengan niat untuk memburukkan suruhanjaya tersebut.

– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana