ANAK JATI JERLUN TAK SUKA MUKHRIZ BAWA LOGO PKR, MUNGKIN AKAN KALAH!

Pengundi Parlimen Jerlun, Kedah dijangka menolak Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU14 yang ditetap 9 Mei depan walaupun beliau pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu pada 2008 -2013.

Ini kerana kehadiran Mukhriz bukan datang untuk mempertahankan kerajaan pada kali ini sebaliknya membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang pernah mengangkatnya sebagai Menteri Besar Kedah..

Mukhriz bukan sahaja bakal berdepan dengan BN tetapi dijangka mendapat tentangan sengit daripada dengan penyokong PAS yang masih berpengaruh walaupun parti itu telah berpecah kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Apa yang dilihat, sokongan pengundi Jerlun terutama penyokong UMNO terhadap BN terus kekal selepas Mukhriz digugurkan sebagai Menteri Besar dan dipecat daripada parti pada 2016.

Tiada pun satu cawangan UMNO pun dalam bahagian Jerlun dibubarkan selepas Mukhriz dipecat walaupun beliau pernah menjadi ketua UMNO bahagian itu.

Malah UMNO dilihat semakin kukuh di bawah kepimpinan Timbalannya Datuk Abu Hassan Sarif dan naib ketua, Datuk Othaman Aziz yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Mukhriz yang mengetuai gabungan parti pembangkang negeri dinamakan sebagai calon Parlimen Jerlun seperti mana yang dijangkakan sebelum ini.

Kali ini Mukhriz tidak mempertahankan DUN Ayer Hitam yang berada dalam Parlimen Jerlun, sebaliknya akan mempertaruhkan nasibnya di DUN Jitra di kawasan Parlimen Kubang Pasu., iaitu parlimen yang diwakili oleh Dr. Mahathir selmala lebih 22 tahun.

Jika tiada pertukaran calon daripada BN, Mukhriz dijangka ‘berentap’ dengan Othman selaku penyandang bagi parlimen itu. Othman juga ialah bekas ADUN Ayer Hitam dan bekas Exco kerajaan negeri.

Selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Othman yang juga anak jati Jerlun lebih dekat dan memahami golongan pesawah di kawasan yang diwakilinya itu.

Penduduk Jerlun, khususnya para pewasah mungkin belum lupa dengan komitmen Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan bantuan khas kepada pesawah di Jelun 27 Mac lalu.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan bantuan khas pesawah jika BN terus diberi mandat mentadbir negara ini dan akan mengumukannya pada malam kemenangan BN pada 9 Mei ini.

Bantuan tambahan itu bagi menghargai sokongan penuh golongan pesawah kepada kerajaan sedia ada dan ianya bukan satu janji kosong seperti mana yang ditawarkan oleh pihak pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana