Ali Rustam Yakin Peluang Cerah Di Hang Tuah Jaya

PARLIMEN Bukit Katil yang diberikan nama baharu Hang Tuah Jaya selepas persempadanan semula yang diluluskan dalam sesi Parlimen yang lalu bakal dirampas BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Ketua bahagian UMNO Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata perubahan ini diharap memberi tuah kepada BN yang telah lama menjalankan aktiviti di kawasan Parlimen tersebut.

“Kita percaya, persempadanan semula ini memberi peluang lebih cerah (kepada BN) berpandukan kepada jumlah pengundi terbaharu. Malah, pengundi Parlimen Hang Tuah Jaya sendiri dilihat menterjemahkan sokongan untuk kita merampas kembali kerusi ini,” katanya dipetik media.

Menurut Ali Rustam lagi, pengundi kawasan ini telah sedar yang PKR telah tidak berupaya membawa kemajuan ke kawasan ini.

“Pengundi di sini mengakui berasa rugi kerana mengundi pembangkang. Jadi saya harap apa dilihat ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU14 nanti.

“Melihat perkembangan positif ini ia akan beri kemenangan moral serta petanda yang baik untuk BN merampas Parlimen ini (Hang Tuah Jaya),” katanya lagi.

Bekas ketua menteri Melaka yang disenangi segenap lapisan masyarakat dan mencatat sejarah sebagai pemimpin yang memajukan sektor pelancongan negeri itu kembali mencabar PKR yang memenangi Parlimen Bukit Katil pada PRU13.

Faktor rekod cemerlang memimpin negeri ini dan popularitinya di kalangan rakyat dijangka mencerah peluang beliau dalam PRU14 nanti, tambahan lagi jika dirujuk rekod wakil PKR dan keadaan pakatan pembangkang pada masa ini.

Pada pilihan raya umum yang lepas, calon PKR Shamsul Iskandar Mat Akin menang dengan majoriti 5,447 undi, dengan jumlah pengundi sebanyak 99,438 orang.

Dalam PRU14 nanti, Parlimen Hang Tuah Jaya mempunyai 80,834 orang pengundi selepas persempadanan semula dilaksanakan.

Bekas ketua menteri ini dijangka mempunyai peluang cerah untuk menang selepas pengundi dilihat sedar bahawa pemimpin pembangkang yang berpindah-pindah kerusi tidak mampu membawa perubahan di kawasan dimenangi.

Strategi Pakatan Harapan sekadar mencari kerusi boleh dimenangi untuk mencapai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan pusat dan bukan mewakili rakyat.

Beberapa minggu lepas, dilaporkan Shamsul Iskandar sendiri mengakui PH akan sukar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana