AHLI PKR P. PINANG ANCAM BOIKOT PRU-14....Padan Muka PKR

Lebih 50 ahli PKR berdemonstrasi di hadapan pejabat parti itu bagi membantah Tun Dr. Mahathir Mohamed bertanding menggunakan logo parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Ketua Cabang PKR Batu Kawan, A. Loganathan berkata, beliau dan rakan-rakan sangat kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang seolah -olah tidak menghargai perjuangan PKR selama ini.

“Oleh itu, saya bersama kira-kira 11,500 ahli PKR berketurunan India di negeri ini tidak akan mengundi parti dalam PRU-14, mungkin kami akan boikot,” katanya.

Terdahulu, Loganathan bersama ahli PKR Batu Kawan dan Permatang Pauh membawa sepanduk serta melaungkan slogan anti Dr. Mahathir.

Ditanya tentang statusnya dalam PKR, Loganathan berkata, sehingga kini dia masih ahli parti berkenaan.

“Pada 2008, saya bertemu Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk serahkan borang keahlian ribuan ahli yang mahu masuk parti, tetapi kini mereka bersama dengan orang yang buat pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mana maruah PKR,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana