Zahid: BN berpotensi tawan Selangor

Berdasarkan kepada proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN berpotensi besar merampas kembali Selangor dalam PRU14.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata walaupun tiada pertambahan kerusi, pimpinan BN melihat peluang besar untuk merampas beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sekaligus menumbangkan pembangkang di negeri itu.

“Walaupun persempadanan tidak membabitkan pertambahan kerusi, kita lihat ada potensi bagi kita merampas DUN dan Parlimen yang kalah.

“Kita bukan sahaja berpotensi merampas kerusi yang kalah, tetapi kita akan tambah jumlah undi bagi kerusi yang kita kuasai,” katanya, Isnin.

Zahid berkata demikian pada majlis Kenduri Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Matang Pagar, Sungai Buloh anjuran Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Turut hadir, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Terdahulu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai projek pembinaan semula Masjid Darul Ulum, Matang Pagar, sebelum mengerjakan solat Isyak berjemaah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana