Ustaz Dusuki Dilucut Tauliah Akibat Kritik Kerajaan PH?

BEGINILAH nasib pendakwah Islam di Selangor… Kononnya kepimpinan kerajaan negeri tersebut dengan bangga melaungkan kebebasan bersuara tetapi apa yang berlaku pula adalah sebaliknya!
Ironi, kisah pilu dialami Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani yang tidak disiarkan portal anti-Barisan Nasional (BN) itu mendedahkan wajah sebenar pihak pentadbiran kerajaan Selangor apabila dikritik secara terbuka meskipun berkias.

Berita sedih penceramah popular sering muncul menerusi pelbagai saluran televisyen dan stesen radio tempatan itu didedahkan laman sosial Darul Ehsan Leaks yang aktif bongkar perangai kerajaan Selangor giat tindas rakyatnya.

Menerusi sepucuk surat rasmi bertarikh 21 Mac 2018, Ustaz Ahmad Dusuki digantung tauliah oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkuat kuasa serta-merta hanya kerana aduan dan laporan disiarkan media anti-BN.

Beliau malah disiasat di bawah Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015 kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2015.

Ramai netizen tempatan dilaporkan mendakwa Ustaz Ahmad Dusuki menjadi mangsa kezaliman kerajaan Selangor memandangkan pindaan itu dilakukan pada era Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali atas tekanan pihak tertentu.

Umum mengetahui Timbalan Presiden PKR ini dilantik menjadi ketua eksekutif kerajaan negeri itu menerusi misi Langkah Kajang pada 2014 lalu setelah pihak Istana Selangor menolak senarai nama dicadangkan pelbagai parti.

Hakikatnya perkembangan syiar Islam di Selangor mulai tergugat akibat campur tangan politik selain dipermainkan antaranya isu suara azan, pesta arak waima hendak bina masjid pun mesti dapat izin komuniti minoriti bukan Islam.

Lebih malang, tindakan ‘gam’ Ustaz Ahmad Dusuki dibuat hanya berdasarkan ceramah beliau di sebuah masjid di Kampung Sungai Merab sehari sebelum itu yang bertajuk ‘Wafatnya Rasulullah Dan Para Khulafaur Rasyidin’.

Dalam program tersebut, Ustaz Ahmad Dusuki dilaporkan secara sinis menyindir ‘pedas’ kerajaan negeri termasuk ketika membacakan doa munajat yang meminta Allah SWT membalas kezaliman mereka terhadap rakyat Selangor.

Ceramah berkenaan yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Ustaz Ahmad Dusuki itu, ternyata kurang disenangi beberapa individu kerana dianggap tidak ‘bodek’ kehebatan pihak kerajaan negeri sendiri.

Ekoran penggantungan aneh pihak JAIS itu, ramai netizen bertindak melancarkan kempen terhadap beliau dengan mempopularkan ayat Solidariti untuk guru kita sehingga mendapat sokongan lebih 5,000 pengguna media sosial.

Difahamkan Ustaz Ahmad Dusuki telah pun hadir untuk memberi keterangan dan bantu siasatan kepada pihak ibu pejabat JAIS di Shah Alam hari ini dengan turut disertai ramai individu tampil hadir memberi sokongan terbuka.

Setakat ini, pihak JAIS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai apakah kandungan ceramah Ustaz Ahmad Dusuki konon didakwa sebagai melanggar peraturan yang jika sabit kesalahan boleh didenda dan dipenjara.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada diri beliau untuk meneruskan misi dakwah di bumi Selangor tanpa gentar ancaman biadab pihak tertentu yang tidak senang melihat kebangkitan nur Islam! 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana