PIJAK DI BUMI NYATA, UJI RASHID SEDAR TAK MAMPU DUDUK KONDO

MINGGU lalu, kesempitan hidup yang dilalui oleh penyanyi yang popular pada era 1970-an, Uji Rashid hingga hampir diusir dari rumah sewanya tular menerusi media sosial.

Berita itu menjadi bualan netizen selepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkongsi status di laman Facebooknya bahawa Uji telah diusir keluar daripada rumah yang didudukinya sekarang.

Keadaan itu menyebabkan bintang veteran itu terpaksa meminta bantuan daripada Noh untuk mendapatkan pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekali gus menyaksikan dia dibenarkan unuk menghuni flat terbabit.

Jelas Uji, dia sama sekali tidak ambil peduli dengan apa saja yang diperkatakan mengenai masalah yang dialaminya di media sosial memandangkan mereka tidak melalui apa yang dilaluinya.
“Mereka boleh berkata apa saja. Saya tak kisah dan saya dah tak peduli dengan semua itu.

“Ada ke orang itu masa saya tak ada makan. Yang saya nak bagi makan anak saya.

“Orang cakap Uji Rashid, satu nama besar. Tapi, memanglah ada rasa malu, rasa aib tu memang ada apabila saya memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya dipetik Harian Metro Online.

Malah, dia tidak kisah jika ada yang mempertikaikan tindakannya mendapatkan sebuah unit PPR sambil berkata dia hanya berpijak di bumi nyata kerana tidak mampu mendiami kondominium sebelum ini.

“Jika saya sekeluarga terus tinggal di kondo itu dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan, saya tidak mampu.

“Saya berpijak di bumi nyata. Jadi, kalau rumah PPR yang saya boleh mampu, kenapa tidak? Saya tak kisahlah orang nak cakap apa,” katanya.

Uji mengakui menghela nafas lega apabila akhirnya menerima kunci pangsapuri PPR yang terletak di Lembah Subang 2, Subang Jaya, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, Uji turut menepis dakwaan bahawa dia mengampu Noh bagi mendapatkan perhatian, sambil turut menjelaskan menteri berkenaan mengetahui situasi sebenar dilaluinya.

Ujarnya, dia akan menghuni rumah PPR tersebut pada kadar sewa RM255 dan juga bayaran penyelenggaraan RM50 setiap bulan.

“Saya harus menjelaskan bayaran sewa bulan pertama, cagaran sewa bagi tempoh dua bulan, bekalan air dan elektrik serta dokumen perjanjian sebanyak RM650. Setakat ini, saya belum bayar lagi.

“Insya-Allah, saya akan segera berpindah. Ini kerana tidak mahu dibebankan lagi dengan sewa rumah lama sebanyak RM1,500,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL