Pembangkang tidak peduli kepentingan penduduk Pantai Timur

Kerenah yang ditimbulkan kerajaan PKR Selangor dalam proses pengambilan tanah untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menunjukkan mereka tidak mempedulikan kepentingan penduduk di kawasan Pantai Timur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau difahamkan timbul kesulitan bagi pembinaan projek itu di Selangor kerana ia melibatkan pengambilan tanah di kawasan padat penduduk serta bernilai tinggi.

“Saya merayu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) supaya mempercepatkan projek ini dan tidak menjadikannya sebagai pertaruhan demi kepentingan masing-masing.

“Projek ini bakal mengubah landskap di Pantai Timur untuk turut sama menikmati limpahan ekonomi negara,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berhubung isu pelaksanaan projek ECRL di Selangor.

Pada masa sama, beliau menempelak pembangkang kerana sering mempersoalkan pelaksanaan projek ECRL yang memberi banyak manfaat kepada rakyat khususnya dari segi peningkatan hubungan ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat.

“Inilah bezanya antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN). Mereka seolah-olah gagal melihat kepentingan penduduk di Pantai Timur,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana