PARLIMEN KUBANG PASU UNTUK MAHATHIR...JANGAN NANTI ORANG NAIK MENYAMPAH

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan Parlimen Kubang Pasu sebagai kerusi untuk ditanding bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua PPBM Kubang Pasu, Mohd Hairy Md Saad, berkata meskipun berusia 93 tahun, Mahathir adalah bekas Ahli Parlimen kawasan itu dan beliau masih disayangi masyarakat di sana.

“Masyarakat di sini sangat sayangkannya. Beliau membawa banyak pembangunan ke daerah ini, menjadikannya hab pendidikan. Banyak institut pendidikan dibina, antaranya, Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Institut Latihan Perindustrian dan institut perguruan.

“Hasilnya, Kubang Pasu melahirkan ramai pendidik dan orang yang berpengetahuan,” katanya kepada sebuah portal berita.

Kelahiran institut-institut pendidikan ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka di Kubang Pasu terutamanya di kawasan Changlun di mana UUM didirikan, katanya.

“Pelbagai pekerjaan diwujudkan, daripada pensyarah sehinggalah penjaga bangunan,” kata Hairy.

Tambahnya, sentimen terhadap Mahathir masih kuat, walaupun selepas beliau meninggalkan UMNO dan membentuk partinya sendiri yang kini sebahagian daripada gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).

“Bukan sahaja penduduk Kubang Pasu dan penyokong PPBM yang masih sayangkan Mahathir. Mereka dari UMNO juga masih sayangkannya.

“Kami sebelum ini dari UMNO, dan kami masih berkawan dengan mereka dari UMNO. Apabila kami berbual dengan mereka, mereka memberitahu, jika Tun (Mahathir) bertanding, mereka akan menyokongnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana