Pakatan Sudah Kosong, Tidak Ada Isu… Hanya Publisiti Murahan

Pakatan pembangkang di negara ini dilihat sudah ketandusan isu dan masalah untuk menghentam kerajaan dan kini dengan niat sengaja mengitar semula isu hak milik syarikat Good Star Limited demi untuk menarik perhatian publisiti murahan.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, isu tersebut bukan suatu perkara baru memandangkan ia telah dibangkitkan pada bulan April 2016 oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan ia telah pun dijawab.

Mengulas mengenainya, Arul berkata, semasa proses siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), 1MDB telah mengemukakan segala dokumen berkaitan kepada pihak Jabatan Audit Negara.

Tambahnya, sebagai pembeli untuk saham yang dijual oleh PetroSaudi, pihaknya telah membuat bayaran sepertimana diarahkan oleh pihak penjual, iaitu PetroSaudi dan 1MDB telah menerima saham di dalam syarikat usahasama sebagai balasan untuk pembayaran tersebut.

”Arahan kepada 1MDB untuk membayar dana AS$700 juta ke dalam akaun Good Star Limited, diberi oleh penjual saham, PetroSaudi, melalui firma guaman White & Case (London), salah satu firma guaman antarabangsa yang profesional, terkenal dan disegani.

” Seterusnya, pihak PetroSaudi sendiri telah memberi pengesahan secara bertulis bahawa apabila dana dibayar oleh 1MDB kepada Good Star, syarikat Good Star itu adalah kepunyaan PetroSaudi,” katanya menurut laporan The Rakyat, hari ini.

Tony baru-baru ini mempersoalkan sama ada polis telah menyiasat sejumlah wang yang dipindahkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited yang dikatakan milik jutawan kontroversi, Jho Low.

Beliau mendakwa, suntikan kewangan itu disahkan sendiri oleh 1MDB.

Justeru Tony melontar persoalan adakah pihak polis menyoal saksi daripada Bank Negara yang menurutnya telah mengesahkan syarikat tersebut milik lelaki berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Arul berkata, terdapat satu isu yang lebih penting daripada isu hakmilik Good Star yang ditimbulkan oleh Tony.

Ujarnya, setelah dana berjumlah AS$1.83 bilion dibayar oleh 1MDB kepada Petrosaudi di antara tahun 2009 hingga 2011, PetroSaudi telah membayar balik kesemua dana tersebut melalui unit dana yang berjumlah AS$2.3 bilion.

Kata Arul, menurut rekod syarikat, daripada amaun AS$2.3 bilion unit dana, sejumlah AS$1.4 bilion telah ditebus secara tunai pada tahun 2014.

Mengenai bakinya, jelas Arul, ia sedang melalui proses pengewangan.

”Oleh itu, segala dakwaan mengenai isu hakmilik Good Star adalah tidak relevan kerana berdasarkan rekod syarikat, segala pelaburan dan pinjaman 1MDB kepada syarikat PetroSaudi telahpun dibayar balik secara penuh,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana