MB negeri mane la ni?MB SELANGOR MALU BESAR TIDAK PANDAI BEZAKAN AIR MENTAH DENGAN AIR TERAWAT

Krisis bekalan air yang menghantui penduduk di Selangor dan Lembah Klang tidak akan selesai selagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak faham perbezaan antara air mentah di empangan dengan air terawat.

Hujah Azmin yang hendak berdabik dada dengan data jumlah air mentah di empangan sebenarnya tidak membantu dalam penyelesaian masalah bekalan air terawat.

Alasan demi alasan diberikan untuk menutup kelemahan pentadbiran PKR Selangor dan Azmin Ali. Nampaknya sukar untuk menyelesaikan krisis air di Lembah Klang.

Pentadbiran negeri yang membekalkan air ke Lembah Klang masih belum jelas beza antara isu air mentah dengan air terawat!

Bagaimana dan macam mana Kerajaan Selangor hendak membantu menyelesaikan masalah air apabila tidak dapat membezakan air mentah dengan air terawat.

Kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali itu ditempelak banyak pihak kerana tidak berguna empangan yang penuh dengan air mentah sekiranya bekalan air terawat tidak sampai ke rumah-rumah di Selangor dan Lembah Klang.

Krisis bekalan air di Selangor pada bulan ini merupakan antara terburuk dalam sejarah kerana telah menjejaskan lebih dua juta pengguna di Lembah Klang dan Selangor dengan membabitkan 498 kawasan.

Punca utama krisis itu berterusan adalah berikutan kedegilan Kerajaan PKR Selangor yang enggan melengkapkan perjanjian penstrukturan semula industri air sehingga mengakibatkan kerja-kerja penaiktarafan paip dan infratruktur bekalan air terawat tidak dapat dilaksanakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana