KENAPA PEMIMPIN PH RAMASAMY TAKUT AKTA BERITA PALSU SEHINGGA SANGGUP TUDUH BN?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy menuduh penggubalan Akta Berita Palsu sebagai senjata baru kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Harapan, sedangkan akta tersebut bagi mengekang lebih banyak masalah yang timbul akibat penyebaran maklumat tidak benar.

Akta berkenaan sememangnya perlu kerana ia mampu melindungi banyak pihak khususnya masyarakat. Namun, pemimpinan Pakatan Harapan berterusan memperlekehkan akta itu dan menganggap ia hanya untuk pemimpin serta penyokong pembangkang.

P. Ramasamy yang juga ADUN Perai mendakwa akta sedemikian akan sering digunakan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini.

“Menjelang pilihan raya, saya fikir akta ini akan kerap digunakan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula mempersoalkan penguatkuasaan yang didakwanya tidak adil kepada pemimpin Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP itu kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung video yang memaparkan beliau menyanyikan dan memperlekehkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama sekumpulan kanak-kanak melancarkan pusat tuisyen percuma.

“Saya diganggu dan dihina banyak kali dan saya failkan saman fitnah.

“Tetapi jika begini caranya (kerajaan menggunakan Seksyen 233), mereka sepatutnya kejar banyak pemimpin BN yang buat kenyataan berunsur perkauman. Kenapa tidak ada tindakan?” dakwanya.

Akta Berita Palsu sudah dijelaskan bahawa ia tidak ada kaitan dengan gerakan untuk mengongkong kebebasan bersuara. Ianya untuk mengekang penularan berita palsu demi menjamin keharmonian negara. –Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana