KEMANA HILANG MARUAH DR MAHATHIR?

Seorang negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad harusnya bijak dalam menjaga maruah serta nama baik, bukan membenarkan reputasi itu dipijak-pijak sesuka hati walaupun oleh sekutu dan pengikut sendiri.

Apa guna sumbangan Dr. Mahathir selama 22 tahun memimpin kerajaan dan negara dahulu jika akhirnya tergadai begitu sahaja akibat bersekongkol dengan DAP hari ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, agak menyedihkan apabila Dr. Mahathir sanggup diperlakukan sedemikian rupa semata-mata ingin meneruskan cita-cita peribadi.

“Biarpun maruahnya dipijak-pihak dan Dr. Mahathir sendiri seperti terpaksa tunduk mengikut kemahuan DAP, itu tidak lagi penting bagi beliau.

“Fokus utama beliau adalah menjatuhkan kerajaan sedia ada dan pada masa untuk kepentingan politik anak dan keluarganya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, semalam.

Pada April tahun lalu, bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau memberitahu kepada penyokong-penyokong DAP bahawa Dr. Mahathir merupakan individu yang jahat seperti watak jahat Cina, Shek Kin selain terlibat dalam banyak rasuah.

Kuan Yau yang dikenali sebagai Superman turut menyatakan dalam ceramah perhimpunan haram Bersih 5 itu bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini adalah ‘permainan’ terakhir Dr. Mahathir dan sedang dipergunakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dalam perkembangan sama, Azwanddin turut menyifatkan Dr. Mahathir ibarat sebuah kereta lembu yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin DAP.

“Dahulu Dr. Mahathir tegas menyatakan andai DAP kuasai negara, pasti orang Melayu akan dipijak-pijak dan kini maruahnya pula yang dipijak oleh pemimpin parti cauvinis itu,” katanya.

Kuan Yau yang terbabit dalam kontroversi video ‘Melayu skru Melayu’ turut dilaporkan akhbar Sunday Star kelmarin dengan mengajak seluruh penyokong DAP ‘menunggang’ Dr. Mahathir bagi menjatuhkan kepemimpinan UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU-14. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana