Isu peruntukan: Azmin yang hina PAS, kata Sallehen...Lagi Zalim Bila Diketuai Oleh Madey Ni

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang sebenarnya menghina PAS apabila bertindak menyekat peruntukan ADUN mereka, bidas Pesuruhjaya Negerinya  Sallehen Mukhyi.

Sallehen menjelaskan, tindakannya mengutuskan surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibuat kerana menyedari institusi tersebut adalah 'payung' yang mampu menegakkan keadilan kepada wakil rakyat mereka.

"Ini (sebenarnya) merupakan satu penghinaan kepada mereka (ADUN PAS)

"Hari ini (semalam) saya difahamkan apabila kita telah menghantar surat kepada istana, kita hantar surat sekadar memaklumkan kepada Tuanku atas apa yang telah berlaku kerana Tuanku merupakan payung keadilan kepada rakyat.

"Kepada siapa kita nak hantar nak mengadu cerita yang betul, apa yang berlaku kerana masalah sebelum ini diberitahu kepada kita sangat tidak tepat.

"Kita tanya kepada MB dia kata jumpa kepada DO (pegawai daerah), jumpa DO dia kata jumpa MB, begitulah keadaanya.," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor, malam tadi.

Terdahulu, Azmin pada semalam menganggap tindakan Sallehen melibatkan pihak istana dalam isu pembekuan peruntukan terhadap 13 ADUNnya di negeri itu sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor.

Reaksi Azmin itu sebagai maklum balas terhadap tindakan Sallehen pada Isnin lalu yang telah mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Sharafuddin,  berhubung tindakan kerajaan negeri itu.

Sallehen sebelum itu memberitahu Antarapos, tindakannya itu adalah bagi memaklumkan tekanan yang dihadapi wakil rakyat PAS.

Ujar Sallehen, pihaknya sudah memberikan masa yang secukupnya pada Azmin namun sudah masuk bulan ketiga (Mac), hak ADUN PAS untuk mendapat peruntukan wakil rakyat terus dinafikan.

Sementara itu, Sallehen tidak menolak bahawa Azmin sememangnya sengaja tidak mahu memberikan peruntukan tersebut kepada wakil rakyat PAS di negeri yang dipimpinnya itu selepas masih berdolak-dalik berhubung perkara itu.

Walau bagaimanapun ADUN Sabak itu menegaskan PAS Selangor tidak akan sesekali merayu kepada ketua negerinya itu, meskipun tiada dana diberikan kepada mereka.

Malah beliau turut memberikan amaran kepada Azmin bahawa kerajaan yang dipimpinnya itu pada hari ini tidak mustahil akan jatuh semula, seperti yang berlaku ketika Barisan Nasional (BN) memegang Selangor sebelum ini, yang pernah lakukan tindakan sama.

"Sebenarnya niatnya memang tidak mahu memberikan peruntukan kepada kita.

"Saya beritahu saya ucapkan terima kasih, PAS tidak akan merayu, kita tidak akan merayu, nak beri, beri, duit bukan boleh menjinakkan hati manusia.

"Inilah yang berlaku kepada kerajaan BN satu masa dahulu tetapi semua ini sebagai tanda-tanda kejatuhan kerajaan BN di Selangor, sejarah akan berulang semula," ujarnya lagi.

Sallehen sebelum ini juga tidak menolak akan meminta Jabatan Audit Negeri dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan wujud salah laku dalam urusan pentadbiran negeri itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana