GIMIK POLITIK JADI TREND PAKATAN HARAPAN, ELAK JAWAB ISU – PENGANALISIS

Begitu berkesan didikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap sekutu baharunya, Datuk Seri Azmin Ali apabila Menteri Besar Selangor tersebut berulang kali mengikut jejaknya mengalihkan isu dengan gimik politik murahan.

Terbaharu, Azmin ‘menerjah’ sidang akhbar yang diadakan oleh Penyelaras Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dekat sini kelmarin.

Tindakan Azmin tersebut dilihat menyerupai gimik Dr. Mahathir yang hadir secara mengejut ke program Wacana Sinar Kali ke-53 baru-baru ini.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, gelagat tersebut seolah-olah menjadi trend terbaharu dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan.

Menurut beliau, pemimpin tersebut tidak sepatutnya mengelak daripada menjawab kritikan yang dilemparkan dengan mengalih perhatian rakyat menggunakan gimik politik murahan.

“Gimik yang dilakukan dilihat sebagai jalan selamat untuk mengaburkan pandangan rakyat terhadap kelemahan mereka. Sepatutnya mereka sebagai pemimpin menjawab kritikan yang dilemparkan, bukan alih perhatian rakyat dengan cara ini.

“Jika salah, mengaku salah. Jika mereka rasa mereka benar, tidak perlu takut untuk nyatakan kebenaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, semalam.

Azmin sebelum ini terus ditekan banyak pihak supaya mengulas jawapan balas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berhubung isu margin simpanan air yang mana Menteri Besar Selangor mendakwa air di empangan masih banyak.

Sedangkan maksud margin simpanan air adalah mengenai simpanan air terawat dan bukannya air mentah. Selain itu, ramai turut menantikan komen terbaharu Azmin berhubung isu tanah Ijok yang hangat diperkatakan. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana