Eric See To Minta Azmin Ali Sendiri Terjun Ke Dalam Empangan...Azmin Faham Ker Tak?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kantoi besar apabila berucap dengan gaya kasar dan angkuh menjelaskan kononnya paras empangan di negeri itu semuanya penuh tidak seperti dakwaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Dr Zaini Ujang yang mendakwa rizab air di negeri Selangor adalah pada tahap 0 peratus.’

Dr Zaini mengatakan perkara berkaitan rizab margin simpanan air bukannya paras air dalam empangan seperti yang dijelaskan oleh Azmin.

“Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah, atau kenaikan permintaan mendadak seperti musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di negeri Selangor akan mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi,” katanya.

Azmin berucap sebegitu pada 17 Mac lepas dan kemudian pada 19 Mac Dr Zaini membalas kenyataan Azmin dengan berkata tidak kira banyak mana air dalam empangan di Selangor pun tetap tidak berguna kepada rakyat kalau bekalan air terawat tidak sampai ke rumah.

Beliau kata, gangguan bekalan air yang berlaku awal bulan ini telah menjejaskan hidup seramai 2.5 juta orang atau 653,000 akaun pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Azmin sudah nyata kantoi tapi masih mahu berlagak lagi.

“Kita sebenarnya meletakkan kebimbangan mengenai sistem bekalan air apabila kita bercakap mengenai margin simpanan air! Ini bukannya mengenai kapasiti pengeluaran di empangan tetapi mengenai air sampai ke rumah pengguna,” katanya.

Selepas ditempelak oleh Dr Zaini, Timbalan Pengarah, Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Eric See-To pula tampil berseloroh dengan Azmin dan membidas kenyataannya dengan tegas.

Dalam video ucapan Azmin, beliau berkata Azmin bercakap kasar dengan nada marah dan perlu bertenang sedikit dalam menyampaikan ucapan.
“Hai MB Azmin, salam… Nampaknya video ganas sangatlah, you mesti cool down sikit, relax.

“Yang KSU cakap itu ialah rizab bekalan air, yang memangnya kosong peratus bukan paras empangan.

“Kita tahu paras empangan tu penuh kerana hujan banyak, kalau MB tidak faham sangat bab-bab air janganlah komen nanti orang ketawa,” kata Eric.

Menurut beliau lagi, elok Azmin sahaja yang terjun ke dalam empangan daripada mahu campak Menteri dan KSU ke dalam empangan.

“Kalau MB masih mahu bawa KSU dan Menteri pergi tengok empangan,hendak campak ke dalam, tak payahlah.. Lebih baik MB terus terjun sendiri ke dalam (empangan),” kata Eric dalam satu video di laman sosial Facebooknya. – PRU14.TV 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana