Dr Kamarul tanya masih ada maruahkah Tun Dr Mahathir ini ?

Apa nak kata itulah Tun Dr Mahathir Mohamad.Mungkin kerana sindrom pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun beliau merasa apa saja cakap dan dibuatnya semua orang kena terima.Begitu juga dalam bab main terjah.

Pada Selasa lalu beliau 'menceroboh' sesi taklimat kepada Ahli Parlimen pembangkang mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 di bangunan Parlimen yang diberi oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu kata Dr Mahathir tidak diundang ke taklimat itu kerana ia cuma untuk Ahli Parlimen sahaja tetapi beliau tidak kisah.

Namun Dr Mahathir seolah nak wujudkan persepsi negatif bila beliau keluar dari sesi taklimat sebelum ia habis.

"Dia datang cakap, lepas itu keluar, 'macam nak pukul maut la'. Saya tak kisah pembangkang sebab itu modal mereka, tapi Tun sebagai bekas Perdana Menteri… ada tak undang-undang waktu zamannya dibawa bincang dengan pembangkang," kata Azalina.

Pada 22 Mac lalu beliau buat kejutan hadir forum bertajuk ‘Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM’ anjuran akhbar Sinar Harian di dewan kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Di situ meletup dan viral gambar yang mendakwa salah seorang penal yakni Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff  yang kritikal terhadapnya kononya ‘terkucil’ nak cakap berdepan.

Dr Kamarul telah menafikan beliau gementar pada bekas Perdana Menteri itu.

Kini pentas tersedia untuk mereka berentap semula  di forum "Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi" anjuran NGO mesra PAS, pada Khamis malam di Dewan Purnama Pengekalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

Selain dua mereka turut diundang jadi penal ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari, dan Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard.

Namun hajat ramai orang nak tengok Dr Kamarul bersemuka dengan Dr Mahathir  tidak kesampaian.

Bekas Perdana Menteri itu pada Rabu kata beliau telah menolak undangan itu atas alasan penalis jemputan dalam forum itu sebagai tidak layak dan tidak tahu cara berdebat.

Hebat…beliau boleh cakap begitu.Katanya beliau hanya mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sahaja.

Mungkin Dr Mahathir lupa mengenai peristiwa kekecohan yang berlaku di acara Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam pada Ogos 2017 gara-gara beliau gagal beri jawapan memuaskan termasuk isu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kalangan anak muda yang bertanya.

CheGu Bard pula menerusi blognya ada menceritakan bagaimana Dr Mahathir ‘lari’ dan tidak jawap soalanya di satu forum pada 2 April 2016.

Antara soalan yang ditujukanya ialah mengenai kehilangan wang rakyat dalam urus niaga tukaran wang asing Bank Negara sebanyak lebih RM30billion, skandal MAS RM580 juta, skandal Perwaja RM10 billion, skandal Bank Bumi RM10 billion dan skandal Maminco RM1.6billion.

Katanya Dr Mahathir bukan sahaja tidak jawap malah telah meninggalkan forum itu awal.

Tulisan Che Gu Bard mengenai insiden itu boleh dibaca pada link ini    https://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html?m=1

Tidak pasti samaada ini ada kaitan dengan penolakan Dr Mahathir untuk bersemuka dengannya di forum Pengkalan Chepa.

Khamis Dr Kamarul menulis panjang di laman facebooknya mengulas mengenai sejarah sikap Dr Mahathir dalam kontek janji manis manifesto Pakatan Harapan konon hendak bagi segala macam ‘kebebasan’ pada negara.


HAK ASASI MANUSIA: TUN DR MAHATHIR TERKUCIL DI DEPAN PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN

Janji 26 Manifesto Pakatan Harapan menyebut komitmen Pakatan Harapan untuk “menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia”.

Janji 27 Manifesto Pakatan Harapan pula menyebut komitmen Pakatan Harapan untuk “menghapuskan undang-undang yang zalim” dan “memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran(nya)”.

Termasuk di dalam komitmen Pakatan Harapan pada Janji 27 ini ialah janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Janji 56 Manifesto Pakatan Harapan pula menyebut komitmen Pakatan Harapan untuk “memimpin usaha menggubal Akta Keharmonian Nasional untuk menjamin kesaksamaan, menghapuskan diskriminasi dalam semua aspek, dan menjadikan penyebaran kebencian antara kaum dan agama sebagai satu jenayah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan”.

Saya tertanya-tanya bagaimana mungkin seorang bekas Perdana Menteri yang seluruh rakyat, malah seluruh dunia, tahu mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai hak asasi boleh membiarkan Pakatan Harapan yang beliau pengerusikan menjanjikan semua ini.

Begitu juga dengan keterlibatan Tun Dr Mahathir bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain untuk menentang Akta Berita Palsu yang sangat membingungkan kerana ramai yang tahu bahawa pengenalan Akta Berita Palsu ini adalah selari dengan pemikiran beliau.

Selewat 10 Januari 2015, Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa “liberalisme Barat yang menghalal segala-galanya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih mulia dan lebih berjaya” dan “umumnya budaya Barat yang mengutamakan hak individu lebih daripada hak orang ramai perlu ditolak”.

Begitu juga pada 29 April 2014 di mana Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa jika demokrasi mahu hidup maka mestilah ada batasan kepada kebebasan yang dianggap sebagai demokratik di mana “kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti dibataskan”.

Malah, pada 1 Ogos 2014, Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut masanya sudah tiba kita berhenti bercakap mengenai kebebasan media dan akui bahawa media, termasuk internet, perlu ditapis kerana apa saja kebebasan akan sentiasa terbuka kepada penyalahgunaan.

Begitu juga pada 17 Februari 2013 di mana Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut beliau tidak kisah jika kerajaan menapis media alternatif kerana kebebasan yang ditawarkan oleh media alternatif menyebabkan pembohongan boleh dibuat untuk kelihatan seperti kebenaran manakala kebenaran pula boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan.

Mengenai Akta Hasutan 1948, Tun Dr Mahathir menentang sebarang cubaan untuk memansuhkannya di mana di dalam tulisan beliau pada 30 Jun 2014 beliau menyebut “apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut”, “rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia”, dan “kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara”.

Mengenai Akta Keharmonian Nasional, Tun Dr Mahathir menentang sebarang cubaan untuk memperkenalkannya di mana di dalam tulisan beliau pada 12 Jun 2014 beliau menyebut “apabila National Harmony Bill dilulus maka DEB tidak boleh dilaksanakan lagi”, “ini bermakna negara akan amal meritokrasi”, “ia akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang”, dan “(ia) akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum”.

Adalah satu perkara yang sangat memalukan bila seorang pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir boleh terkucil di depan pemimpin Pakatan Harapan lain sekali gus membiarkan maruah beliau dirobek-robek oleh mereka yang terus sahaja membakulsampahkan segala pandangan beliau mengenai semua perkara yang begitu dekat di hati beliau ini.

Masih ada maruahkah Tun Dr Mahathir ini?

Dr Kamarul Yusoff

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana