BN, KERAJAAN TIDAK PERNAH UPAH CAMBRIDGE ANALYTICA....BOBOI SUDAH MEROYAN

Firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah – pada masa kini atau masa lalu – telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, wakil negara SCL Group hari ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 telah diberikan secara peribadi kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan,” kata kenyataan itu.

Menerusi laman webnya, Cambridge Analytica menampilkan dirinya sebagai peneraju global dalam kempen dipacu data dengan pengalaman lebih 25 tahun. — BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana