Azmin Dan Guan Eng Pemimpin Paling Teruk Pakatan Harapan Minggu Ini

Seorang hendak campak orang lain dalam empangan tapi dibidas dan disuruh sendiri terjun dalam empangan, seorang lagi menari terkinja-kinja dengan lagu anti-GST kritik kerajaan bersama-sama dengan murid sekolah menanam kebencian kepada kerajaan dalam jiwa kanak-kanak.

Itulah dua orang pemimpin yang jadi sebutan di berita dan di media sosial kerana kebodohan mereka sejak beberapa hari ini.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dengan yakin menjelaskan kepada hadiri dalam satu ucapan pada 17 Mac lepas bahawa paras air empangan di negeri Selangor penuh dan tidak ada masalah menjawab dakwaan KSU KeTHHa, Datuk Dr Zaini Ujang yang mendakwa margin rizab simpanan air di negeri itu pada paras 0 peratus.

Dengan yakin, Azmin turut mahu mencampakkan Menteri KeTHHa dan KSU ke dalam empangan kerana pada pemahaman Azmin KSU kata paras air empangan di negeri Selangor 0. Habis Azmin kena kecam oleh netizen di Facebook sampai ada yang mengatakan beliau bodoh kerana tidak faham isu tentang bekalan air.

Margin rizab bekalan air ialah lebihan air terawat yang menjadi simpanan di negeri Selangor untuk disalurkan ke rumah-rumah jika berlaku masalah seperti paip pecah atau kerja penyelenggaraan. Di Selangor, air untuk disalurkan ketika kejadian seperti itu tidak ada.

Itu yang Azmin sebenarnya tidak faham. Nasi sudah menjadi bubur, selepas kesilapan dan kantoi besar itu, Azmin tidak bersuara apabila dikecam teruk di internet kerana tidak peka dengan fakta dan perbezaan antara paras empangan dan margin rizab simpanan air.

Kemudian rakan sejawatan Azmin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula jadi mangsa kecaman apabila menari terkinja-kinja dalam satu program di Pulau Pinang bersama dengan kanak-kanak sekolah. Beliau menari lagu ABC tapi versi ABC GST yang dihasilkan oleh penyokong pembangkang untuk mengutuk Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, tindakan menari bersama dengan kanak-kanak dengan lagu itu amat tidak sesuai dan biadab.

Tidak dapat dinafikan, Guan Eng cuba menyemai sifat membenci kerajaan BN ke dalam jiwa kanak-kanak berkenaan kerana liriknya tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak kerana mempunyai perkataan membenci kerajaan.

Laporan polis dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) meminta polis menyiasat Guan Eng yang didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik.

Ia dibuat oleh Pengerusi Penang Front Party (PFP) Datuk Patrick Ooi, Pengerusi Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia Mohd Ibrahim A Siahoo di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 18 Mac lepas.

“Ketua menteri dalam perasmian tuisyen rakyat semalam telah membawa cakera padat (CD) sendiri dan mengajar budak-budak menyanyi lagu itu (ABC). Menyanyi itu tidak salah, tapi lagu itu telah menghina kerajaan dengan menyebut GST, 1MDB.

“Dia menyatakan disebabkan GST semua orang makan mee maggi dan beliau mengaitkan isu-isu ini kepada 1MDB,” katanya.

Oleh sebab itu, Azmin dan Guan Eng adalah pemimpin Pakatan Harapan paling teruk pada minggu ini ekoran dua kejadian memalukan ini. – PRU14.TV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana