Apa cerita ini Mukhriz...bekas pegawai media dakwa bohong

Ini betul-betul kes terbalik kot.Ketika geng media pembangkang cuba nak belit konon firma perunding politik, Cambridge Analytica (CA) pernah diupah oleh Barisan Nasional untuk kerja politik semasa pilihanraya umum ke 13…lain yang terlondeh.

Apa yang menarik mengenai kisah CA ini ialah kebelakangan ini firma itu riuh di arina antarbangsa kerana didakwa salah guna berjuta data peribadi dalam akaun Facebook untuk tujuan politik termasuk cara yang tidak wajar.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa menafikan pernah mengupah firma itu sebaliknya memberitahu firma induk CA yakni SCL Group mengesahkan CA memberi nasihat secara peribadi kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Juga yang menarik di sini ialah Azrin Zizal,bekas Pegawai Media Mukhriz semasa beliau Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ialah ketua SCL Group bahagian Asia Tenggara.

Sejurus itu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ,Mukhriz yang kini Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus menafikan ada kaitan langsung dengan CA.

Beliau sebaliknya dakwa dirinya dikaitkan untuk alih perhatian dari pengunaan taktik kempen pilihanraya BN yang langgar peraturan.

Dakwanya Azrin cuma berkerja dengannya di MITI dari 2009 hingga 2013 dan tidak lagi semasa beliau Menteri Besar Kedah selepas PRU13.

"Dia tidak diambil bekerja dengan saya sebagai wakil SCL Group atau Cambridge Analytica, dan bukan lagi pegawai media semasa saya menjadi menteri besar Kedah,"katanya.

Isunya sekarang siapa yang cakap benar dan siapa yang bohong?

Rabu…Azrin tampil buat kenyataan kepada media dakwa beliau masih berkhidmat untuk Mukhriz sehingga 2015.

Dakwanya cakap Mukhriz adalah palsu.

Katanya beliau terus berkhidmat beri nasihat komunikasi dan strategi hingga 2015 termasuk untuk pilihanraya umum 2013.

Azrin kata beliau akan tampil dengan bukti jika Mukhriz terus menafikan.

Beliau juga menafikan dakwaan CA berkerja untuk BN.

Katanya itu tidak benar dan khidmat nasihat untuk PRU13 diberi kepada Mukhriz secara peribadi.

Beliau mempersoalkan tindak tanduk Mukhriz yang menafikan khidmatnya dan faedah yang diperolehi dari CA dan SCL Group untuk Kedah semasa PRU13.

Ekoran kenyataan Azrin itu Mukhriz pula dilaporkan terus mempertahankan penafiannya.

Katanya beliau ingin tahu bagaimana Azrin hendak membuktikan beliau berkerja untuknya semasa Menteri Besar.

Ini,dakwanya kerana semua media di Kedah tahu bahawa pegawai media beliau semasa Menteri Besar hingga sekarang ialah Mohd Fisol Jaafar.

Mukhriz juga kata bahawa CA yang dakwa dalam laman webnya mereka bantu BN Kedah sedangkan beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Azrin jelas berbohong,”dakwanya.

Apapun drama ‘tembak menembak’ ini dijangka akan jalan terus.

Ini kerana seperti kenyataan Azrin beliau akan tampil dengan bukti jika Mukhriz terus menafikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana