Annuar Musa bersuara persoal tindak tanduk Rafidah dan Rais…

Isu ini memang menjadi bahan bualan politik.Mulanya bekas menteri dan bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz membuat kenyataan yang bernada kritikal di laman facebooknya mengenai isu kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini yang didakwa milik ahli perniagaan Jho Low.

Kemudian diikuti oleh beks menteri dan kini Penasihat Sosiobudaya kerajaan,Tan Sri Rais Yatim yang dalam interbiu dengan media mempersoalkan mengapa menteri-menteri terus berdiam diri mengenai isu 1MDB yang mencalar imej Perdana Menteri dan negara.

Sebaliknya Perdana Menteri,Peguam Negara,menteri-menteri dan pimpinan UMNO dan BN sudah berulangkali memberi penjelasan demi penjelasan mengenai 1MBD di pelbagai forum.

Malah Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu menjawabnya yang disiarkan live di televisyen ke seluruh negara semasa sesi dialog Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017 dengan memberitahu laporan siasatan PAC tidak langsung menyebut beliau ada curi duit atau lakukan kesalahan.

Najib secara terbuka mengakui beliau amat sedar mengenai kritikan-kritikan pasal 1MDB.

Katanya atas sebab bila isu ini timbul beliau telah mengarahkan 1MDB disiasat antaranya oleh PAC,Bank Negara ,pihak polis ,Ketua Audit Negara malah 1MDB merupakan badan yang paling banyak disiasat dalam sejarah negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata punca permasalahan 1MDB ialah apabila perancangan awal untuk menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut.

"Sebenarnya mereka mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, dan isu ini dipolitikkan dengan pelbagai tomahan, kononnya RM42 bilion (pinjaman) sudah hilang dan sebagainya.

"Edra yang sepatutnya disenaraikan, dan berdasarkan perkiraan pada masa itu, kira-kira RM18 bilion hingga RM22 bilion dapat diraih daripada pasaran semasa disenaraikan, tidak dapat dilakukan," katanya.

Pada Selasa,Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa tampil mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tindak tanduk Rafidah dan Rais.


BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH TAN SRI ANNUAR MUSA

DALAM diam, tiba- tiba dua sahabat saya, bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim,bersuara mengenai soal semasa negara.

Ia macam suatu kebetulan dan disambut dengan teriakan gembira (euphoria) pada sebelah pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH).

Kedua-duanya pernah menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dan kini bersuara kononnya atas nama kebenaran, atas nama keluhuran undang-undang tapi jelas pandangan mereka bukan saja bersifat berat sebelah tetapi berkemungkinan juga dengan perancangan dan niat tertentu.

TS Rafidah, bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, kononnya bimbang nasi akan menjadi bubur susulan mengenai pelbagai isu (mengikut dakwaannya), mengaitkan soal amanah, tanggungjawab, perbuatan di luar dugaan, perhatian global, kesan buruk hutang IMDB, rasuah, salah guna kuasa dan salah guna harta negara.

TS Rais yang kini Penasihat Sosiobudaya Kerajaan dan bekas Menteri Undang-Undang dan bekas Menteri Penerangan, pula mendakwa hairan, geram dan marah-marah dengan ketiadaan tindakan kerajaan terhadap kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kita tidak dapat mengelak daripada membuat telahan dan pertanyaan.

Apakah TS Rais, 75 tahun dan TS Rafidah, 74, juga turut mengidap sindrom pasca persaraan akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan suatu masa dulu dan kini terasa perlu menarik perhatian kepada pendapatnya.

Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.

Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu.

Berkemungkinan juga ia suatu perancangan dan muslihat yang sengaja diatur oleh team media Tun Dr Mahathir (TM ), yang kelihatan bersungguh- sungguh mengatur ‘media blitz’ di dalam dan luar negara menjelang PRU14.

Apa yang diharapkan mereka ialah satu serangan, bidasan terancang dan betul-betul serentak terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk persepsi negatif terhadap Perdana Menteri kita.

Strategi ini sudah lama dapat dibaca dan tidak akan berjaya.

Bukan sahaja motifnya tidak sejujur yang cuba digambarkan, tetapi juga status sudah luput mereka, dan ketiadaan 'locus standi' menjadikan kenyataan mereka sebenarnya kurang wibawa, malah mempunyai 'ulterior motives'.

Apa lagi apabila mereka mempunyai rekod sering membakar jambatan.

Sementara nasi bukan sahaja menjadi bubur tapi juga sudah pun basi.

Kepada sahabat seangkatan yang pernah seperjuangan, saya ingin bertanya:

Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga,isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian?

Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yg durjana, di mana kalian?

Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?

Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian?

Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?

Orang perjuangan harus istiqamah, berjuang atas prinsip dan bukannya 'personality cult' atau bernostalgia dengan legasi lama, sebaliknya mengutamakan kepentingan ramai, bukan kepentingan individu.

Kita harus beristiqamah bersama perjuangan bukan U- turn berkali-kali sebagai SuperMachiavelli.

Salam hormat

KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, Tan Sri Annuar Musa (TSAM)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana