UMNO ZAMAN DR MAHATHIR CUKUP ELITIS

UMNO pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang elitis dan mengamalkan prinsip kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan kini parti keramat itu mengamalkan transformasi politik yang mendukung kedaulatan rakyat.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sebelum ini, UMNO dilihat sebagai parti bersifat elitis, komunalis, konservatif, ultra nasionalis dan autokratik yang dibelenggu oleh amalan puak dan politik wang.



Sehubungan itu katanya, ramai penganalisis politik meramalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan kuasa seperti parti LDP di Jepun, Kuomintang di Taiwan, Golkar di Indonesia dan Kong­res di India jika meneruskan prinsip elitis berkenaan.



“Tetapi itu UMNO yang dahulu. UMNO yang dicipta oleh Dr. Mahathir mengikut pemikiran dan gaya kepemimpinannya. Legasi Mahathir terlalu besar dalam UMNO sehingga terbitnya istilah Mahathirisme yang cukup diingati dengan gaya pemerintahan go­vernment knows all yang tidak lagi relevan dengan politik kontemporari,” katanya dalam blog https://sskeruak.blogspot.my hari ini.



Salleh berkata, pada masa ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merekayasa semula UMNO dengan me­ninggalkan sifat ultra nasionalis dan komunalis.



Katanya, sebagai arkitek politik yang cerdik, penjenamaan semula UMNO oleh Najib bukan sekadar bersifat kosmetik tetapi telah benar-benar mengubah nilai, amalan, pemikiran dan budaya UMNO.



Beliau berkata, UMNO disukai bukan kerana retoriknya tetapi kerana pemimpinnya bersedia mendengar suara nurani rakyat.



“Pernah dahulu, selepas pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri, ada golongan yang menyatakannya sebagai the return of Mahathirisme. Ternyata, dakwaan tersebut meleset.



“Bagi Najib, government knows best era is over, malah Najib memperkenalkan transformasi politik dengan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan meminda akta-akta yang menyekat hak-hak politik rakyat,” katanya.



Menurut Salleh, Perdana Menteri juga menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan tidak lagi bersifat komunalis. Dengan transformasi itu katanya, tidak syak lagi UMNO di bawah pimpinan Najib adalah sebuah parti yang sebenar-benarnya mendukung prinsip kedaulatan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana