Siapakah Bilionaire Yang Nak Derma Pada Parti Bunga?

KITA dihidangkan dengan cerita lawak abad ini dengan pemgumuman Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai menerusi satu klip video.

Perkara ini menjadi lebih mencurigakan berikutan terdapat tokoh korporat tempatan berstatus bi­lionair didakwa sedia membantu parti itu. Sebelum ini, menurut sumber, Mahathir banyak mengaut kekayaan negara dimana “harta karun” tersebut dijaga oleh kroni, proksi dan penama yang bertaburan si seluruh dunia.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, beliau tahu bahawa terdapat pihak tertentu yang diminta memberikan sumbangan, malah Dr. Mahathir sendiri pernah berjanji akan mendapatkan dana kewangan untuk PPBM.

Kemudian Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perbincangan ada memberitahu beliau tentang tokoh bilionair tempatan yang cukup dikenali ramai bersedia untuk menyumbangkan dana kewangan kepada parti.

Tokoh korporat itu tergolong dalam kelompok individu terkaya di negara ini. Jadi mana mungkin PPBM berada dalam kesempitan kewangan sehingga perlu Dr. Mahathir merayu kepada orang ramai untuk menderma kepada parti tersebut?

Menurut Kamarul lagi, selang beberapa hari selepas perbincangan bersama Muhyiddin, beliau dimaklumkan Ahli Parlimen Pagoh itu ada ke luar negara dan difahamkan bagi berbincang dengan pihak-pihak tertentu berkaitan dana politik PPBM.

Kemudian sewaktu mesyua­rat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, beliau ada bertanyakan berkenaan kewangan parti kerana pada waktu itu sukar untuk menjalankan program memandangkan tidak diberikan peruntukan sewajarnya. Kamarul tahu pada waktu itu PPBM bukanlah dalam keadaan susah dari segi kewangan.

Setiap kali sewaktu membincangkan agenda kewangan, Muhyiddin ada menegaskan bahawa kedudukan kewangan parti itu adalah urusannya dan Bendahari Agung PPBM, Datuk Mohamed Salleh Bajuri. Orang lain tidak boleh mempersoalkannya.

Oleh itu, sikap Muhyiddin yang cuba menyembunyikan kedudukan kewangan parti dilihat jelas bertentangan dengan prinsip parti yang kononnya te­lus dalam urusan pentadbiran.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, rayuan derma oleh Mahathir dilihat tidak mempunyai kewajarannya kerana ya­kin bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai sumber-sumber tersendiri yang boleh membantu dalam mendapatkan dana kewangan bagi PPBM.

Sewaktu awal penubuhan PPBM, Hamidah ada terdengar rungutan daripada ahli-ahli tentang masalah kewangan parti, namun Mahathir memberi keyakinan kepada ahli bahawa ada individu yang bersedia memberikan sumbangan kepada PPBM.

Beliau dimaklumkan bahawa individu tersebut merupakan tokoh korporat yang cukup ter­kenal. Jadi beliau ingin mempersoalkan, di mana pergi bantuan dana kewangan yang disalurkan oleh individu tersebut?

Rakyat Malaysia tertanya-tanya siapakah bilionaire yang mahu menderma kepada PPBM? Mungkinkah sebenarnya beliau diarah menyerahkan wang tersebut memandangkan bilionare tersebut hanya proksi menjaga wang itu selama ini?

Malah ramai juga yang berpendapat bahawa tindakan Mahathir meminta derma tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat semata-mata. Agenda sebenarnya adalah untuk “cuci duit” atau “money laundering” wang yg dijaga oleh kroni, proksi dan penama yang dilantik oleh Mahathir.

Dalam perkara ini, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan jenayah “money laundering” ini tidak berlaku. Tambahan pula kumpulan ini merupakan pengkhianat negara yang merancang pemberontakan sejak sekian lama.

– pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana