PRU14: Tun M Kena Kongsi Kuasa Dengan DAP?

KUALA LUMPUR – Semua parti dalam gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan akan berkongsi kuasa jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa perkongsian kuasa termasuk dengan DAP itu kononnya menzahirkan perpaduan kaum dan agama di negara ini.

“Pakatan Harapan sentiasa menzahirkan perpaduan melalui perkongsian kuasa antara parti-parti komponen sebagai usaha untuk mentadbir negara ini,” dakwanya dalam satu perutusan Tahun Baharu Cina 2018 hari ini.

Saifuddin Nasution mendakwa, perkongsian kuasa termasuk dengan DAP itu tidak akan menggugat kedaulatan Sultan Melayu dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera lain.

Pada beliau, semua rakyat Malaysia perlu memastikan setiap perbezaan agama dihormati sewajarnya diketepikan dan titik persefahaman perlu dicapai.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR selepas menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang. pada 22 September 2015.

Gabungan parti itu kemudian disertai Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan dengan sokongan DAP dan PKR bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam.

Pakatan Harapan seterusnya berjaya memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai gabungan pembangkang tersebut tahun lalu.

Sejak itu, Mahathir dan ahli PPBM yang terdiri daripada orang Melayu dipergunakan Pakatan Harapan untuk menghasut Melayu lain menyokong pembangkang terutama DAP. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana