PKR MAHU JADI JAGUH DI KELANTAN, BEREBUT KERUSI?

PKR tidak sepatutnya tamak menuntut kerusi DUN di Kelantan, lantaran parti itu merupakan anggota paling lemah dalam Pakatan Harapan (PH), demikian pandangan seorang pemimpin akar umbinya.

Ahmad Syauqey Abdul Ghani, yang mengetuai jentera pilihan raya PKR Kota Bharu berkata demikian mengulas hasrat partinya yang mahu bertanding di 15 kerusi DUN di negeri itu.

“Itu bagi saya melampau, tidak perlu jadi jaguh berebut kerusi,” katanya dipetik FMT, mengulas kenyataan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir bahawa parti itu berhasrat bertanding di 15 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Syauqey berpendapat, PKR perlu memberi keutamaan kepada Amanah dan PPBM di Kelantan.

Beliau juga membayangkan parti itu juga ketinggalan di belakang DAP dalam aspek kekuatan jentera pilihan raya, walaupun pemimpin tempatan PKR diangkat dalam jawatan kerajaan dan lantikan politik.

“PKR adalah parti paling lemah di Kelantan. Amanah dan PPBM paling kuat dan ke-3 DAP,” katanya.

PKR juga menurutnya ketinggalan dari segi sokongan kewangan, berbeza dengan PPBM yang menurutnya disertai “tauke-tauke” yang berpengaruh dari Umno.

“Parti lain dah ada bilik gerakkan dan bendera, tapi PKR bendera pun tidak ada, bilik gerakan tiada. Jadi kami bimbang kelemahan itu akan menyebabkan PKR menjejaskan kemenangan PH di Kelantan,” katanya.

Syauqey mendakwa PKR sebuah parti miskin di mana pemimpinnya merupakan penerima skim tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kalau kita tengok PKR Kelantan separuh daripada jawatankuasanya penerima BR1M, itu kita kena tahu dari segi kekuatan baik dari segi kewangan, pengaruh, sokongan serta jentera parti,” katanya.

Dengan ‘kekangan’ sedemikian, Syauqey berkata PKR selayaknya bertanding paling banyak empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen berdasarkan prestasi parti itu di Kelantan.

Pada pilihan raya lalu, PKR bertanding lima kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. Bagaimanapun parti itu hanya menang di Guchil di peringkat negeri, manakala tewas di ketiga-tiga kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Syauqey berkata selain Guchil yang dimenangi PKR, 3 lagi kerusi DUN yang layak ditandingi PKR ialah Nenggiri, Pengkalan Pasir dan Tanjong Mas.

PH sebelum ini memperuntukkan tujuh kerusi Parlimen di Kelantan kepada PPBM, Amanah (5) dan PKR (2) iaitu Tanah Merah dan Pasir Mas, sementara kerusi negeri masih belum dimuktamadkan.

Media sebelum ini melaporkan PH Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah pertindihan bagi 14 kerusi DUN walaupun sudah enam kali mengadakan pertemuan, sehingga melepasi tempoh asal yang ditetapkan.

Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan antara Amanah dan PPBM, tiga kerusi menjadi rebutan antara Amanah dan PKR dan dua kerusi antara PPBM dan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana